Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, ingatkan berkuranglah kes jenayah disebabkan pihak berkuasa mempertingkat rondaan dan kawalan di seluruh negara.
Tapi, ada juga rupanya yang terlepas buat jenayah — namun berjaya dikantoikan semula.
Macam kes yang satu ni, aksi tiga lelaki memecah masuk kandang untuk mencuri kambing akhirnya terbongkar menerusi rakaman yang diperoleh daripada kamera litar tertutup.
Harian Metro melaporkan, kes berlaku di Tasek Gelugor Khamis lalu dan kejadian hanya disedari oleh pemiliknya selepas mendapati pagar kandang kambingnya berada dalam keadaan terbuka.
Bila rakaman CCTV disemak semula, mangsa mendapati terdapat tiga lelaki dirakam sedang memecah masuk kandang dan menyumbat kira-kira lapan ekor kambing ke dalam but kereta Toyota Vios.
Kesemua suspek yang memiliki rekod jenayah itu bagaimanapun berjaya dicekup polis, dan tidak cukup dengan itu — aksi mereka sedang mencuri kambing itu turut tular di media sosial.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1256767845188333570
Tak pasal kena tidur lokap bulan puasa ni. Kalau terdesak sangat, insyaAllah sentiasa ada jalan keluar untuk kita so janganlah buat aniaya kat orang macam ni ye. Senangnya kejap je, nanti susahnya berbalik pada kita semula.