Isu penjualan barang menggunakan kaedah ‘cedok cedok’ kini sedang menjadi topik perbualan ramai netizen kerana ada beberapa pihak telah menyatakan bahawa hukumnya adalah haram kerana terdapat unsur gharar.
Ia adalah satu unsur yang mencetuskan rasa tidak adil ataupun ragu-ragu, dengan penerangan ini, nampaknya ia seperti sudah memberi gambaran apabila ada seorang pembeli meluahkan rasa tidak puas hati melihat hasil beliannya setelah barang tersebut sampai.
Masa live barang best, bila dapat…
Menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok Tobby Cattery, dia menjelaskan bahawa dirinya merupakan salah satu pelanggan yang ada membeli barang ‘cedok’ itu.
Katanya dalam sesi live yang dia tontonkan, barang yang dijual oleh ‘kedai’ tersebut bagus-bagus belaka, dijual dengan harga RM 70 untuk setiap cedok dan dia membeli untuk 2 cedok.
Setelah membeli, pastinya dia rasa ghairah untuk menunggu barang-barangnya sampai dan akhirnya semalam barang itu sampai.
“Masa live memang best gila barang-barang dia macam perfume, skincare, aku punya turn tu aku ingatkan dia akan cedok masa live, tapi malangnya tidak. Masa live tu barang dia memang best-best, sebab tu aku beli 2 cedok, tapi bila barang sampai h*ram j*dah.”
Terkilan melihat hasilnya, wanita ini menjelaskan barangan itu boleh didapatkan jauh lebih murah di kedai dan ianya bukan barang yang berkualiti tinggi.
“So, aku nak nasihatkan korang, tak payahlah korang beli cedok-cedok tu, barang tu bukan barang-barang berkualiti pun. Kedai RM 2, Ninso, korang boleh beli sendiri kat kedai.”
Wanita ini juga menegaskan ia tidak membawa untung kepada kita dan akui kebodohannya membuat pembelian itu.
Dalam video selanjutnya, wanita ini meluahkan rasa tidak puas hati melihat packaging’ barang itu dan melihat satu persatu harganya memang ianya merugikan.
Malah katanya lagi, jumlah barangan yang dia beli tak nampak macam 2 cedok, hanya secedok je.
Beli 2 cedok tapi macam secedok
@tobbycattery Nasihat utk diri sendiri – dah request refund.. doakan la ye @sifulentik4 nk refund. Takpelah rugi sikit duit postage dr rugi bnyk. Kalau beza 20/30 ok lg.. huhuhu
Ada netizen menggesa wanita ini untuk dapatkan refund semula, tetapi ianya telah ditolak, dalam pada itu, bukan sahaja dirinya, pelanggan lain juga turut merasakan perkara yang sama apabila membeli barang tersebut dari kedai itu.
Hurm, jadi bila dah tengok luahan ni baru faham kenapa ia diharamkan dalam Islam dan ini adalah contoh terbaik unsur gharar yang dimaksudkan oleh pendakwah-pendakwah yang menegur sistem ini.
Baca : “Ada unsur gharar” – Penjelasan Secara Terperinci Kenapa Kedah Jual Secara Cedok Di TikTok Haram