in

“Masa buat video, ramai gelakkan saya” – Aktivis Alam Sekitar Kongsi Kaitan Covid-19 Dengan Penebangan Hutan

Ft Aktivis Jelas Tebang Hutan Penyebab Virus

Make sense, itu adalah salah satu reaksi netizen apabila menonton video penerangan daripada seorang aktivis alam sekitar yang dikenali sebagai Shakila ini.

Dalam video penerangannya berdurasi 3 minit 35 menerusi saluran YouTube ML Studios menjelaskan bagaimana penebangan hutan ini boleh merangsang kepada penularan Covid-19. Ikuti penjelasannya disini.

 

Zoonotic Diseases

Kata aktivis alam sekitar bersama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) ini, virus-virus yang pernah melanda dunia ini dikaitkan dengan Zoonotic Diseases.

“Untuk pengetahuan semua, 2 virus baru terwujud sepanjang dekad ini sahaja.

Kalau kita perasan kita ada menghadapi SARS CoV, MERS-CoV, Ebola dan seterusnya yang kita rasai sekarang adalah Covid-19 dan kita boleh kaitkan penyakit-penyakit tersebut dengan Zoonotic Diseases ataupun penyakit yang berkaitan dengan haiwan.”

Katanya, salah satu punca utama virus-virus ini tersebar adalah disebabkan terlalu banyak penebangan hutan sehingga haiwan-haiwan ini kehilangan habitat mereka. Habistu, apa kaitan dengan Covid-19? 

 

Covid-19 patut berada di dalam hutan bersama tuannya

Aktivis Jelas Tebang Hutan Penyebab Virus 56
Gambar hiasan

Faktor disebabkan kenapa 2 virus boleh wujud setiap tahun kerana kita telah kehilangan hutan yang sangat banyak, mungkin kita tak nampak apa kaitannya.

Tapi sebenarnya hutan merupakan satu ‘stor’ untuk kita restore haiwan-haiwan ataupun virus-virus yang tidak sepatutnya merge dengan manusia, katanya.

“Misalnya kelawar buah, pada awalnya tempat makan mereka adalah di kawasan hutan, jadi bila habitat mereka telah ditebang dan dimusnahkan, kelawar-kelawar tersebut akan masuk ke kawasan manusia.”

Dari situ bila berlakunya  kontak antara haiwan hutan dan juga manusia, akan berlaku cross contimination, ataupun ambil satu-satu virus daripada badan haiwan tersebut kerana kita berkongsi, mungkin buah atau mungkin air atau barang-barang yang telah disentuh oleh haiwan tersebut.

 

Solusi?

Sebagai aktivis alam sekitar, Shakila menyarankan untuk kurangkan aktiviti penebangan hutan. Katanya, banyak hutan telah ditebang untuk tapak pembinaan namun banyak juga yang terbengkalai.

“Kita perlu memperketatkan undang-undang dan kurangkan hal-hal subsidi yang berkaitan dengan pembukaan hutan, contoh yang paling dekat adalah sektor perumahan.

Banyak sangat kita nampak dekat negara kita, perumahan yang masih kosong yang tidak mampu milik oleh masyarakat tetapi kita masih lagi buka kawasan untuk menggalakkan perumahan.:

Boleh baca keteranga selanjutnya menerusi video disini…

Bagaimanapun, ketika dia membentangkan perkara ini pada April lepas, Shakila menjelaskan menerusi akaun Twitter miliknya mengatakan ramai rakyat Malaysia yang menonton video tersebut mentertawakannya.

 

Masa buat video pasal virus covid datang daripada persekitaran atau hutan yang kurang, most of Malaysian make fun of me. Guess what? More viruses coming”

Namun begitu, perkara ini diluahkan setelah Shakila ada post satu video TikTok yang memberikan info mengenai krisis perubahan iklim yang juga boleh jadi penyumbang kepada penularan virus.

Nak diringkaskan cerita, wanita dalam TikTok itu menjelaskan ais yang semakin cair dari kutub utara itu mengandungi virus dan bakteria yang ‘terkurung’ beribu tahun, bila dah cair, ia akan makin merebak.

Menurut wanita tersebut, para saintis telah membuat kajian terhadap virus dan bakteria tersebut jika ianya masih aktif atau tidak dan hasilnya masih aktif.

 

Make sense – Netizen

Info yang bersertakan kenyataan dan luahan yang diberikan oleh Shakila menerusi tweet tersebut telah merih perhatian netizen sehingga meraih 8.9K jumlah retweets sejak ia dimuat naik semalam.

Aktivis Jelas Tebang Hutan Penyebab Virus 5 Aktivis Jelas Tebang Hutan Penyebab Virus 4 Aktivis Jelas Tebang Hutan Penyebab Virus 3 Aktivis Jelas Tebang Hutan Penyebab Virus 2 Aktivis Jelas Tebang Hutan Penyebab Virus

Setelah Shakila kongsikan semula video penjelasannya diatas, ramai netizen mula sedar dan mula bimbang, lebih-lebih lagi apabila melihat kes jangkitan yang kini semakin meningkat.

 

Baca : Kontraktor Buang Beduk & Al-Quran Surau Dalam Parit, Berang Lepas Dihalang Tebang Pokok Kelapa ‘Berhantu’

Ft Beduk Final

Sumber: Blog