“Macam mana boleh tak sengaja” – Lelaki Bunuh Diri Lepas Tak Sengaja Bunuh Ex-GF Bila Wanita Tu ‘Reject’ Dia

Baru-baru ni, seorang lelaki terbunuh bekas kekasihnya dalam bilik hotel sambil disaksikan oleh tiga rakan wanita tersebut di Changsa, Hunan. Macam mana boleh terbunuh?

Menurut ET Today, pada 24 Ogos lalu, lelaki dari China ini telah menelefon bekas kekasihnya untuk datang ke sebuah bilik hotel sebab nak ‘settlekan’ beberapa perkara dan pulangkan barang-barang wanita tersebut.

Nak dijadikan cerita, kawan-kawan wanita malang ni terdengar perbualan telefon itu dan membuat keputusan untuk ikut wanita ini bagi memastikan wanita tersebut tak diapa-apa kan.

Bagaimanapun, bila lelaki ni nampak bekas kekasih datang bersama tiga kawannya, lelaki ni mula marah namun sempat meminta wanita ini untuk terimanya semula.

Bila wanita ini menolak, lelaki tersebut terus naik gila dan mengambil pisau untuk diletakkan pada leher bekas kekasihnya ini. Malangnya, kerana terlalu marah, lelaki ini tertekan pisau tersebut hingga menyebabkan leher wanita ini terkelar. Darah yang melimpah keluar buatkan kawan-kawan yang berada di situ ketakutan.

Gambar Hiasan

Mereka cepat-cepat lari dari bilik tersebut untuk memanggil pekerja hotel bagi membantu mereka. Tiga wanita ini juga sempat menelefon pihak polis dan ambulans. Namun, bila dorang semua datang semula ke bilik tersebut, mereka temui lelaki itu dan bekas kekasihnya dah tak bernyawa.

Selepas siasatan dijalankan, pihak berkuasa mengatakan yang lelaki tersebut telah membunuh kekasihnya sebelum dia bunuh dirinya sendiri.

Alahai, tak pasal-pasal je. Nasi dah jadi bubur…

 

Baca: Lelaki Dituduh Bunuh Kekasih Rupa-rupanya Teman Wanita Mati Tertelan Pencungkil Gigi

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson