“Macam dengar opera” – Suara Merdu Pemandu Gondola Ini Buat Netizen Ternganga

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak korang dengar dari tepi jalan suara yang sedap, lunak dan merdu? Selalunya suara-suara ni datang dari busker-busker yang tunjuk bakat di tempat-tempat yang kita tak berapa sangka macam dekat pasar malam ke, dalam mall ke atau tempat-tempat yang lain lah.

Apa yang kami nak share kali ni adalah video seorang pemandu gondola yang bersuara lunak. Semasa mendayung  gondola tersebut, dia belanja suara dia yang confirm buat korang ternganga. Nah, cuba korang tengok sendiri video yang dikongsi oleh @zaforshort ni.

Macam dengar opera!

Siapa sangka pekerja ditempat biasa macam mamat ni menyimpan suara seakan-akan penyanyi opera. Cuma kena tambah pentas je, memang serius macam opera. Suara dia sedap nak mampos weh. 

Haaa.. kita yang tengok ni pun tegak bulu roma. Memang lain macam aura dia. Perfect!

Hahaha sama. Kami pun tepuk tangan gak. Selamba je dia nyanyi macam tu. Susah tu nak nyanyi macam tu. Mamat ni boleh pulak sambil buat kerja menyanyi sedap macam tu. Dia telan microphone ke.

Itulah, rasa sweet je. Walaupun tak faham maksud bahasa dia tu, tapi boleh terasa saat-saat manis tu. Kalau ada pasangan ni mesti lain nice. Pergh!

Sekali pandang memang nampak macam Johan. Mungkin pelanduk dua serupa kot. 

Lagu kedua

Nah untuk korang, ‘Johan’ tu nyanyi lagi. Kali ni lagu yang famous dulu; Sempurna – Andra & The Backbone

Betul! Memang betul-betul sempurna. Power betul!

Orang yang ada bakat macam ni sepatutnya kita ketengahkan. Biar ramai yang tahu akan kebolehan mamat ni nyanyi macam tu. Unik. Susah nak cari orang yang ada vocal projection macam tu sekarang. 

 

Baca: “Gila confident!” – Lelaki Ini Pukau Netizen Dengan Suara ‘Sedap’ Beliau

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.