“Macam azan dalam phone aku” – Ramai Netizen Terpegun Dengan Kelunakan Suara Pemuda Ini Laungkan Azan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Allahuakbar! Sedap sungguh suara Faiq ni laungkan azan. Biarpun niatnya hanya nak suka-suka, tapi terserlah bakatnya.

Sekali imbas saling tak tumpah dengan suara laungan azan yang selalu kita dengar di tv, radio, telefon bimbit dan masjid. Ternganga kejap admin dengar, effortless sangat sambil baring je.

 

Dia baring sebab nak nyorok takut orang nampak, yang lain gelak sebab ramai yang buka lampu tiba tiba

Memandangkan bulan Ramadhan semakin hampir, rakan Faiq, Imran mengimbau semula detik manis sewaktu mereka sedang menjalani ibadah puasa ketika belajar di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak  Bernam. Biasalah kepala gila budak-budak muda ni, kadang-kadang masuk air sikit.

Faiq, Imran dan rakan-rakannya yang lain nak kenakan siswa-siswa yang sedang tidur untuk bangun awal sahur. Jadi, Faiq, berpura-pura melaungkan azan mengunakan mikrofron untuk prank pelajar lain.

Tapi, apa yang menjadi tumpuan netizen sehingga julah retweets mencecah 12,000 dalam masa 2 dua hari ini adalah, kelunakan suara Imran melaungkan azan tu.

Sedap sangat, memang kalau admin ada kat situ pun admin boleh tertipu. Korang tengok video lagi satu, meremang weh dengar!

Merdu kan? Netizen pun ramai yang melting bila dengar suaranya ni, sampai tak ada yang mempersoalkan prank diaorang tu ditolak ketepi. ya lah, netizen takkan tak kenal. tapi bukan semua lah.

 

Macam azan dalam phone aku..Sebijik – Netizen

 

 

 

 

Bila admin stalk dia punya instagram, si Faiq ni memang suara dia merdu, pandai menyanyi , siap pandai ambil gambar lagi. 

 

Baca : Bergenang airmata dengar azan ni” – Netizen Sayu Mendengar Laungan Azan di Otago, New Zealand Sempena Solidariti Tragedi Berdarah Christchurch

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.