in

“Lupa letak titik kot” – Netizen Pelik Seller Jual Baju Bundle RM890 Tapi Ada Orang Beli

ft jual baju bundle harga RM 890

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video viral di TikTok telah mendapat perhatian netizen apabila ada peniaga baju bundle telah berjaya menjual satu t-shirt ‘vintage’ kuning yang ada kartun Mickey Mouse dengan harga RM 890 dan ianya telah meraih lebih daripada 286K jumlah tontonan.

Disebabkan ianya viral, ramai netizen yang pelik dan mengkritik dengan harga yang diberikan kerana baju itu nampak ‘lama’ dan buruk’. Bahkan, sampai ada netizen yang anggap bahawa peniaga itu typo, lupa letak titik di sebelah angka 8 itu.


Typo tu, lupa letak titik

bundle bundle2

Walaubagaimanapun ada juga yang menyokong tindakan peniaga tersebut kerana ia tidak menjadi masalah kalau ada orang memang sanggup nak beli dengan harga tersebut, lebih-lebih lagi jika barang tersebut merupakan barangan edisi terhad.

bundle3 bundle4

Sebenarnya harga boleh mencecah RM 2,000?

Screenshot 2022 03 21 142022

Malah, ada juga netizen yang mendedahkan bahawa mereka ada beli baju yang sama tapi harganya jauh lebih mahal! Dibeli dengan harga RM 2,000! Kiranya apa yang dijual oleh individu ini dah dikira murah!

Dalam masa yang sama, ada netizen memperjelaskan bahawa ini adalah t-shirt vintage dan ianya memang ada 2,000 helai sahaja di dunia ini, sebab itu lah dia mahal.

bundle5 bundle6

 

Dibeli oleh peminat tegar Mickey Mouse

Ketika ditemubual oleh mStar Online, peniaga yang dikenali sebagai Nik Pok Den ini menjelaskan bahawa dia sudah berniaga bundle ini sejak tahun 2017 lagi.

“Saya tiada sebarang pengalaman dalam dunia bundle, sebelum ini cuma mampu berserah pada rezeki ditetapkan oleh Allah. Cuma saya pilih jalan ni sebab sebagai orang kampung, nak keluarkan modal besar tu tak mampu.”

@

♬ –

Nik Pok Den juga menjelaskan bahawa dia memulakan perniagaannya dengan bermodalkan RM 200 hingga RM 300 dan hanya jual di Facebook dan TikTok sahaja, namun tumpuan utamanya di Facebook.

“Saya bekerja kerajaan jadi tak dapat tumpukan sepenuhnya berniaga bundle. Ada masa baru saya masukkan gambar dalam media sosial baju-baju yang saya jual.”

Menjawab kecaman netizen, Nik Pok Den lebih memilih untuk ambil kritikan itu dari sudut positif kerana baginya, orang yang tak tahu menilai barang bundle mungkin tidak faham.

bundle7

Bercerita lanjut mengenai jualan baju tersebut, dia menjelaskan bahawa ia dijual menerusi Facebook yang dia iklankan.

Baju itu dibeli oleh seorang lelaki dari Kelantan yang meminati barang-barang kartun Mickey Mouse.

“Saya bersyukur bila pelanggan ni beli baju vintage 80-an ini. Apatah lagi sekarang susah nak buat sale. Tambah lagi di zaman Covid-19 ni nak dapat seorang pelanggan pun susah.”

“Pelanggan yang yakin nak beli baju bundle dengan harga tu mungkin sebab dia tahu menilai barang. Biasanya mereka akan semak di bahagian tag di kolar baju.”

Katanya lagi, dia berani menjual dengan harga tersebut kerana tahu nilai baju tersebut memandangkan dia dah lama berada dalam bidang jualan bundle.

Baca : Peniaga Bundle Tawar Topi Dengan Harga RM800k, Dakwa Dibuat Sebelum Perang Dunia Ke-2

cover 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.