Lesen Digantung Kereta Diambil Bapa, Gadis Buat Keputusan ‘Pandu’ Jeep Barbie Ke Kampus.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sudah menjadi kebiasaan bagi penuntut di kolej atau universiti untuk memandu kenderaan sendiri ke kampus demi keselesaan mereka, meskipun pihak universiti atau kolej telah menyediakan pengangkutan kepada para penuntut.

Kejadian yang berlaku di Texas, Amerika Syarikat ini pasti akan membuatkan korang tak percaya sebab….

Seorang gadis bernama Tara Manroe yang merupakan pelajar Kejuruteraan Industri di Texas State University telah mencuri perhatian ramai apabila dia memandu Jeep Barbie berwarna Merah Jambu ke kampus..whattt, yakinnya dia hahaha.

Lesen digantung, kereta diambil bapa….

Kisah lucu ini bermula selepas Tara ditahan ekoran memandu dalam keadaan mabuk selepas pulang dari konsert Waka Flocka Flame.

So disebabkan itu, lesen memandu Tara digantung manakala bapanya membuat keputusan untuk mengambil balik kereta daripada Tara.

Dari kecik dah ‘Diva’

Dari kecik Tara mempunyai attitude ‘diva’ so dia tidak mahu menunggang motosikal atau menaiki bas untuk ke kampus, bapanya juga memberinya sebuah basikal untuk kemudahan dia ke kampus namun Tara menolaknya..perghhh demand betol.

Sebaliknya Tara memilih untuk menaiki Jeep Barbie berwarna Merah Jambu yang dibelinya secara online dengan harga RM250.

Sumber : Google

Jeep Barbie tersebut yang diberi nama Charlene, mampu bergerak 5 batu per jam dengan kapasiti bateri sehingga 12 -voltan..jalan kaki lagi laju weh…

So disebabkan tindakan Tara memandu ‘kenderaan’ tersebut ke kampus, telah menaikkan populariti gadis itu bukan sahaja di kampus, malah di media sosial.

Malah kawan-kawannya sudah mula mengikuti langkah Tara dengan memandu Jeep Barbie ke kampus..hahaha style jugak kan.

Korang tengok sendiri aksi-aksi Tara memandu Jeep Barbie ke kampus.

Tara bersama Charlene…

Tara memandu ke kampus….

Tara mula popular lepas pandu Jeep Barbie ke kampus..

Sumber : Google

Make sure kalau nak menunggang motor ke, kereta ke even bas sekalipun, pastikan korang ade lesen okey..

Baca : Pasangan Dikecam Memandu Sambil Beriba

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.