Lelaki Tembak Isteri dan Kelar Leher Sendiri Kerana Tekanan Perasaan

Seorang suri rumah parah selepas ditembak suaminya di kediaman mereka di Bukit Kana Ulu, Sangan, Tatau pada awal pagi kelmarin.

Difahamkan suaminya menghadapi tekanan perasaan dan secara tiba-tiba menembak isterinya menggunakan senapang patah buatan sendiri sebelum mengelar lehernya sendiri menggunakan parang.

Sumber: Harian Metro

Bagaimanapun, wanita itu sempat mengetuk gong sebagai tanda kecemasan untuk memberitahu penduduk kampung. Penduduk kampung yang mendengar ketukan gong itu kemudian memaklumkan kepada keluarga mangsa yang tinggal berasingan, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Dua anak pasangan itu berusia enam dan lapan tahun bagaimanapun selamat kerana tidak berada di lokasi kejadian kerana tinggal bersama keluarga mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Dennis Bunyam, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian di sebuah kebun selepas menerima maklumat.

“Suspek diarahkan menyerah diri dan beberapa minit kemudian keluar dalam keadaan berdarah di leher dan isterinya ditemui terbaring berlumuran darah di lantai rumah berkenaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mempunyai tekanan perasaan berdasarkan rekod perubatan Hospital Bintulu.

Mangsa dan suspek kemudian dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan stabil serta memerlukan pemantaan hospital.

Suspek kini direman dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

 

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!