in

“Lek ah kaum lelaki” – Isu Pengacara WHI Tak Reti Siang Ikan, Uyaina Arshad Beri Pendapat

uyai 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang isu pengacara rancangan popular Malaysia, Wanita Hari Ini (WHI) yang dikatakan kekok ketika hendak menyiang ikan. Hanya disebabkan itu, ramai netizen mencemuh pengacara tersebut sehinggakan ada yang memperlekehkan kaum wanita.

Susulan isu ini, salah seorang pengacara WHI Sugeeta Chandran menjelaskan dirinya adalah seorang vegetarian dan tidak makan ikan. Bukan itu sahaja, Uyaina Arshad yang merupakan pengacara rancangan yang sama tampil berkongsi pendapatnya menyenai isu yang tular ini.


“Lek ah kaum lelaki..”

Uyaina memberitahu ibu mentua dan suaminya tidak pernah kisah dirinya mahir siang ikan ataupun tidak kerana kebiasaan mereka menyuruh penjual ikan di pasar menyiang ikan yang dibeli terlebih dahulu.

Tak pernah kisah I pandai siang ikan ke tak. Hahahaha!  Sebab masa beli kat pasar dah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah.

Tidak dinafikan isu ini menyebabkan sesetengah lelaki mempersoalkan wanita tidak pandai membuat tugasan dapur, Uyaina turut membandingkan sesetengah lelaki yang tidak pandai menukar tayar kereta.

Tapi.. Lek ah kaum lelaki.. Dalam kalangan kaum lelaki pun ada je yang tak reti tukar tayar kereta. So…..

Artikel berkaitan: “Tak berasap dapur” – Pengacara WHI Dikritik Tak Pandai Siang Ikan, Tapi Ada Yang ‘Back Up’ Sebab..

Artikel berkaitan: Jadi Bualan Hangat Kekok Siang Ikan, Pengacara WHI Tak Melatah Dengan Kecaman Netizen

“Siaran WHI memang live”

Di ruangan balas ada netizen berpendapat bahagian ‘siang ikani itu tidak patut ditayangkan di kaca televisyen namun Uyaina memberitahu siaran WHI adalah secara langsung.

uyai 1

Selain itu, Uyaina memberitahu kedua-dua hos rancangan WHI bukanlah bangga mereka tidak pandai siang ikan tetapi hanya menjalankan tugas dengan menyahut cabaran tersebut.

uyai 2

Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Uyaina.

uyai 3 uyai 4 uyai 5

Kalau min pun nak senang minta je peniaga pasar siangkan ikan siap-siap!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.