Ladang Kelapa Sawit Kita Dituduh Jadi Punca Monyet Belanda Diancam Kepupusan? Betul Ke Ni?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selaku negara pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia, industri produk berasaskan sawit dilihat begitu sinonim sebagai antara penyumbang terbesar dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Namun kempen negatif dan larangan import yang dilancar Kesatuan Eropah terhadap sawit negara dilihat memberi kesan besar kepada industri tersebut.

Alasan mereka adalah kerana penanaman kelapa sawit di Malaysia telah memusnahkan sejumlah besar hutan semulajadi yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis spesis haiwan antaranya termasuk proboscis monkey.

Proboscis monkey? Ya, ini adalah berdasarkan apa yang dimaklumkan dalam satu video yang dimuatnaik Insider di laman Twitter mereka baru-baru ini yang berbunyi “they’re losing their habitat to palm oil plantations.”

Video tersebut dirakam di Pusat Santuari Monyet Belanda Labuk Bay, yang terletak dalam ladang kelapa sawit persendirian di kawasan paya bakau Semawang, kira-kira 48 kilometer dari pusat bandar Sandakan.

Pusat santuari tersebut dibina hasil inisiatif pemilik ladang sawit yang melihat adanya monyet tinggal di hutan bakau persisiran laut dalam kawasan ladang itu dan mereka mahu supaya kumpulan monyet terus kekal mendiami kawasan itu.

Bagaimanapun, beberapa pengguna media sosial mempersoalkan kenyataan di dalam video tersebut dan mendakwa Insider telah memberikan fakta palsu mengenainya serta berpendapat mereka sengaja memburuk-burukkan industri sawit Malaysia.

Untuk pengetahuan, spesis monyet belanda ini diketahui gemar mendiami kawasan pesisir pantai, dan bersungai, kira-kira dalam lingkungan satu kilometer dari punca air.

Apa pun, sebelum ini juga terdapat laporan yang memberikan dakwaan serupa yang dikeluarkan oleh gabungan penyelidik dan badan bukan kerajaan di Sabah.

Namun pihak kami tidak menemui maklum balas daripada pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia mengenai dakwaan itu.

Industri sawit negara berdepan diskriminasi oleh Kesatuan Eropah, yang turut diketahui umum sedang dalam usaha mempromosikan minyak sayuran mereka.

Jadi, tidak hairanlah mereka merasa terancam dengan kemampuan dan kekuatan minyak kelapa sawit negara.

 

Baca: “Mana satu binatang ni? si*l betul!” – Video 3 Pemuda Kejam Dera Monyet Sambil Bergelak Sakan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.