“Kuda Kepang dan Barongan, ini rare!” – Kemeriahan Kenduri Kahwin di Singapura, Pamer Budaya Asli Melayu Sebenar

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Budaya Bangsa Melayu memang tidak dapat disangkal lagi mempunyai keunikkan dan keindahannya yang tersendiri. Baik dari seni kraftangan, masakan ataupun seni tari, aspek budaya dapat dilihat dari pelbagai sudut.

Kepelbagaian budaya Melayu dapat dilihat dalam satu majlis kahwin Singapura. Perarakan pengantin yang diiringi persembahan Kuda Kepang, Barongan, Gamelan dan kompang itu dapat dilihat menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat oleh pemilik akaun Twitter @muhdmirza160194.

Memang rare!

Kalau selalunya kita tengok pengantin atau keluarga pegantin akan pilih satu jenis persembahan saja untuk majlis kenduri kan? Tapi kali ni, organiser ni memang tak main-main, beb. Lebih dari 10 persembahan dia bawak untuk majlis ni. Memang wedding of the year lah!

Gempak weh. Sumpah gempak. Banyak gila budaya kita yg di-showcase dekat wedding ni. 

Barongan tu rasanya dari Indonesia. Memang nampak seram, tapi style kot. Memang meriah habis lah! 

Kan. Kami pun lama tak tengok wedding gempak macam ni. Nak tengok yang banyak-banyak macam ni time Citrawarna Malaysia je. 

Memang tak dinafikan. Wedding paling happening dekat Singapore. Tahniah kepada pengantin yang showcase budaya asli kita!

 

Budaya Melayu ada menyimpan khazanah-khazanah unik seperti ini. Hanya terserah pada kita untuk menerokainya. Semoga budaya kita ini tetap wujud dan diketengahkan walaupun dunia kini serba moden.

 

Baca: “Ini baru budaya Melayu” – Flashmob Tarian Tradisional, Netizen Puji Kemeriahan Kenduri Ini

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.