in

KREATIF! Lelaki Ini Lukis Potret DG Hisham Pada Mask Sebagai Tanda Terima Kasih

B6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pandemik COVID-19, banyak penghargaan yang telah diberikan kepada barisan frontliner di negara kita dengan cara yang kreatif. Antaranya adalah lukisan mural di dinding tempat awam dan potret DG Hisham yang dihasilkan dari ribuan batang skru.


Kali ini sebuah posting dari wisy_lukis di Twitter dan Instagram yang telah melukis potret DG Hisham pada sehelai mask. Memang cantik gila wei!

Dalam posting tersebut juga, dia mengatakan bahawa mask yang digunakan adalah mask yang rosak dan dia mengambil peluang itu untuk menunjukkan hasil kreativitinya.

Pada masa yang sama, dia turut menzahirkan rasa terima kasih kepada DG Hisham kerana menjadi adiwira semasa pandemik COVID-19.

For @noor_hisham_abdullah , thank u for being our superhero during this pandemic ❤️

 

Hasil lukisannya juga mendapat perhatian dan pujian dari pengguna laman sosial.

B 1 B1 1 B2 1

Terbukti bahawa rakyat kita bukan sahaja berbakat tetapi saling menghargai perjuangan barisan hadapan yang telah banyak berkorban untuk kita.

Semoga kita dapat lihat lebih banyak kreativiti dari anak tempatan dan berharap agar frontliner kita terus bersemangat dalam berkhidmat untuk memerangi wabak ini.

 

Baca: “Pengsan tengok dia lukis” – KREATIF! Netizen Terkejut Staf Secret Recipe ‘Talented’ Sangat, Melukis Atas Kek

B5 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.