in

“Kita sama-sama susah sekejap kemudian cari rezeki semula.” – Fizz Fairuz Cadang Peniaga Kecil Patut ‘Lockdown’

Fizz7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon filem Munafik, Datuk Fizz Fairuz semalam ada meluahkan rasa bimbang terhadap kebenaran peniaga kecil untuk beroperasi sepanjang PKP 3 (total lockdown ini) menerusi Instagram miliknya.


 

“Kita sama-sama susah sekejap”

Perkongsian itu dibuat apabila dia memuat naik satu keratan tajuk akhbar berkenaan dengan yang tidak perlu mendapatkan kelulusan MITI, baginya kebenaran itu seperti menggalakkan orang ramai keluar.

Disebabkan itu, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 41 mencadangkan agar peniaga-peniaga kecil ini turut duduk dirumah bagi melandaikan lengkungan Covid-19 yang kian meningkat sejak kebelakangan ini.

“Nak tanya kejap, kalau buka (benarkan) peniaga kecil ini, agaknya mengalakkan orang keluar membeli ke macam mana?

“Saya hanya tanya, kalau boleh kita PKP sekejap dua minggu. Kita sama-sama susah sekejap kemudian cari rezeki semula. Macam mana, tak begitu?.”

 

Sembang memang senang bang – Netizen

Kenyataannya itu telah menggundang pelbagai reaksi netizen dan rata-rata tidak sependapat dengannya.

Fizz5 Fizz4 Fizz3 Fizz2 Fizz

Dalam pada itu ada juga yang menyokong dengan pendapat Fizz, mereka rasakan sepatutnya peniagaan membuat perkhidmatan penghantaran sahaja.

Pada 2 Jun lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataannya berkata, penjaja kecil dibenarkan beroperasi dan hanya perlu menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

 

Baca : Nampak Macam Gila-Gila, Bacaan Al-Quran Mimi Peri Buat Ramai Terpegun

Mimiperi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.