in

“Kenapalah tak guna color lain?” – Viral Gambar Penunggang Motor ‘Bergelang Pink’, Rupa-Rupanya Tag Kompleks Bebas Cukai KLIA

Not Gelang Pink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak kali dah kita baca berita pasal individu yang pakai ‘gelang pink’ langgar perintah kuarantin dan pentingkan diri keluar bersiar-siar di luar. Disebabkan itu, rakyat menjadi panik setiap kali ternampak mana-mana individu bergelang pink di tempat awam.


Begitu juga seperti yang berlaku baru-baru ini di mana gambar seorang penunggang motosikal memakai gelang pink viral di media sosial.

Gelang

Bagaimanapun, menurut Kosmo! lelaki itu bukanlah individu HSO yang melanggar perintah kuarantin. Sebaliknya, gelang pink itu adalah tag keluar masuk Kompleks Bebas Cukai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, gambar tersebut diambil oleh awam pada jam 10 pagi di mana lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya di Seksyen 15, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata perkara itu disahkan selepas pihak polis menjalankan siasatan lanjut terhadap lelaki berkenaan.

Lelaki itu merupakan pemandu lori dan ketika gambarnya diambil, dia sebenarnya menunggang motosikal milik adik perempuannya beralamat di Pelabuhan Klang.

“Siasatan mendapati lelaki itu mengakui gambar tular itu semasa pulang dari tempat kerja yang terletak Seksyen 15, Shah Alam selepas selesai urusan penghantaran barang di kompleks bebas cukai KLIA.”

Gelang yang dipakai merupakan tag keluar masuk kompleks bebas cukai KLIA.”

Gelang1 1

Berita tentang individu yang dikehendaki menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) yang keluar ke tempat awam seperti tidak berkesudahan. Sebab itu, gambar lelaki tersebut menjadi tular dan mencetuskan panik orang ramai namun kini polis sendiri telah menjalankan siasatan dan memberi pengesahan.

Mungkin KLIA boleh tukar tag warna lain kot…

Baca: Pergi Balai Polis Sebab Ditipu Peniaga Online, Tak Pasal-pasal Lelaki Kena Tahan Sebab Buat ‘Report’ Masa Pakai Gelang KKM

Gelangkkm

Sumber: Kosmo!
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.