“Kenapa tak Instagram atau Youtube” – Bapa Bagi Anak Nama Google Supaya Tak Nak Jadi Sampah Masyarakat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Baru-baru ini anak pasangan dari Jawa Barat, Indonesia menjadi tumpuan di negara tersebut apabila nama diberi adalah Google.

Bapa, Andi Cahya Saputra, 31 dan ibu Ella Karina, 27 ini baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki pada 30 November 2018 lepas dan memberikan nama tersebut tanpa ada bin.

 

Nama dia Google je, G-o-o-g-l-e, cuma satu nama”

Menurut ayahnya, mereka dah rancang nama lain, tapi bila dah dilahirkan, secara spontan tercetus di hatinya nak bagi nama-nama berkaitan teknologi.

“Selalunya bagi nama berkaitan agama dan  akan gunakan nama-nama nabi, kami juga dah rancang nak bagi nama Albar Dirgantara Putra. Tapi bila dia dah dilahirkan, hati saya terdetik mengatakan nama itu tak sesuai. Jadi, saya buat keputusan untuk namakannya sesuatu yang berkaitan dengan teknologi”

Menerusi World Of Buzz, pada 3 bulan pertama dia dilahirkan Ella tak suka panggil nama Google hanya panggil baby boy je bila orang tanya siapa namanya.

 

Google boleh buatkan anaknya jadi seorang pemimpin yang membantu orang lain

“Saya dan isteri ada bergaduh pasal namanya dan dia pernah perli saya, kenapa tak pilih Instagram atau Youtube. Saya bagi tahu dia Instagram hanyalah sosial media dan YouTube hanya untuk kongsikan video”

“Tapi Google, hampir semua orang gunakannya. Kalau anda nak apa-apa, anda akan gunakan Google untuk pertolongan, jadi saya harap anak saya akan menjadi orang yang suka membantu”

Ibunya juga dah boleh terima dan dia juga berharap bahawa anaknya bakal jadi pemimpin untuk menolong orang lain.

 

Baca : “Nama pendek panggil Faqeu” – Berbelit Lidah Netizen Nak Sebut Nama Penuh Anak Yang Panjang Lebar Ni

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?