in

“Kenapa curi data kami?” – Muslim Pro Aplikasi Yang Diguna 98 Juta Umat Islam Jual Data Pada Ketenteraan US?

Muslim Pro Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman moden masa kini, umat Islam tidak lagi bergantung kepada cara lama dalam menentukan waktu azan di sesuatu kawasan. Kita menggunakan aplikasi di telefon untuk mengingatkan kita masuknya waktu azan.


Malah aplikasi ini juga bukan saja memberitahu kita tentang waktu azan tapi kita boleh juga membaca Al-Quran di dalamnya dan adakalanya ia juga memberitahu tentang hadis serta perkara-perkara asas mengenai agama Islam.

41587883095 Waktusolat

Pun begitu, tidak kita sangka aplikasi yang terkenal di kalangan umat Islam ini telah mengkhianati penggunanya dengan menjual data pengguna kepada ketenteraan Amerika Syarikat (AS). 

Muslim Pro, aplikasi yang telah dimuat turun hampir 98 juta umat Islam seluruh dunia dikatakan telah menjual data lokasi pengguna kepada ketenteraan US untuk sebab-sebab yang tidak diketahui, lapor Vice

Muslim Pro

Menurut laporan itu, salah satu pembeli data tersebut ialah dari bahagian Komando Operasi Khas AS atau US Special Operations Command (USSOCOM) yang berkait rapat dengan isu seperti anti-keganasan, anti-pemberontakan dan pelbagai aktiviti rahsia di seluruh dunia.

Ketenteraan AS juga dilaporkan mendapatkan data lokasi pengguna dengan dua cara. Cara yang pertama ialah menggunakan alat pengesan bernama Locate X.

Cara yang kedua pula menggunakan syarikat bernama X-Mode. Syarikat ini akan peroleh data lokasi live daripada aplikasi kemudian menjual data tersebut kepada ‘pihak ketiga’ termasuk kontraktor kerajaan.

Menerusi laporan Vice, aplikasi Muslim Pro lah yang paling banyak mengirim data penggunanya kepada X-Mode. Sebagai imbalan, X-Mode akan membayar mereka berdasarkan jumlah pengguna yang dimiliki. Contohnya, kalau ada 50,000 pengguna aktif harian di AS mereka akan hasilkan USD 1,500 sebulan!

Muslim Pro ni bukannya calang-calang aplikasi dan ia dikatakan antara aplikasi paling popular di kalangan umat Islam seluruh dunia. Selain tunjuk jadual waktu solat, ia juga digunakan untuk tunjuk arah kiblat dan lain-lain.

Pro
Reaksi netizen mengenai isu muslim pro

Sehingga kini, Muslim Pro tidak memberi sebarang kenyataan lagi berkenaan laporan tersebut. Selain Muslim Pro, menurut Vice, aplikasi jodoh seperti Muslim Mingle juga menjual data kepada X-Mode.

Aduhai… lepas ni tak payahlah pakai apps nak tengok waktu azan. Ambil je jadual waktu azan kat masjid. Lagi senang. 

Baca: “Kurang ajarnya dorang!” – Netizen Pakat Report Akaun Geng Islam Murtad di Amerika Sebab Cipta ‘Surah Corona’

Kureng

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Detik
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.