in

Kenali 7 Jenis ‘Rakan Toksik’ Dalam Geng Yang Patut Kita Jauhi

Opsss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam hidup yang penuh liku-liku ni, kita selalu bertemu dengan macam-macam jenis orang dengan kerenah yang pelbagai. Ada yang boleh dijadikan kawan sejati hingga kita berumur 70 ke 80 tahun. Tapi ada juga sejenis yang kita tak boleh langsung get along dan rasa tak selesa bila berkawan dengan mereka.


Tapi ini bukan bermakna kita perlu block mereka terus dari media sosial. Tapi sekadar beringat supaya lebih bijak pilih kawan agar kita tak terjebak dengan benda tak elok pulak hanya kerana silap memilih rakan. Macam mana nak kenal rakan jenis macam ni? Berikut kami senaraikan tujuh jenis ‘rakan toksik’ yang kita semua patut jauhi. 

 

1. Selalu buat kita rasa bersalah

Giphy 6

Haih rakan jenis macam ni asyik kita aje yang kena mengalah tau. Mereka ni pandai berkata-kata dan mudah memanipulasi otak kita yang sentiasa bersangka baik ni. Malah kalau korang terlampau jujur, dia juga boleh mengambil kesempatan atas kelemahan diri anda tu dan mempergunakannya untuk kebaikan diri sendiri. Aiyok! 

Memang susah sebenarnya nak jauhkan diri daripada orang jenis macam ni. Yelah, nanti kalau kita termarah ke atau cuba nak beritahu kesalahan dia, balik-balik kita pulak yang terkena! Alahai…

 

2. Suka bergosip

Giphy 1 2

Rakan jenis suka ‘membawang’ ni mungkin paling ramai yang kita pernah jumpa. Yelah, mana ada orang tak suka bergosip dan ambil tahu hal orang lain kan? Malah rakan jenis macam ni pun boleh dikatakan ada banyak masa sebab semua benda tentang orang lain dia tahu. Kalah website gosip kat internet tu. Mami jarum pun tak dapat nak catch up dengan dia. Kemain dia membawang.

Keburukan orang macam ni ialah mereka selalu bercakap mengenai perkara negatif tentang orang lain yang secara tidak langsung akan membuatkan otak kita tak berkembang. Bak kata Eleanor Roosevelt, “Great minds discuss ideas, average ones discuss events and small minds discuss people.” 

 

3. Asyik-asyik emo

Giphy 3 1

Kawan jenis ni tidaklah jahat ataupun kejam. Tetapi sikap mereka yang terlalu emotional dan kerap bersedih dengan masalah kehidupan tu tak baik sebenarnya untuk orang di sekeliling mereka. Yelah, asyik bawak negative vibes je memanjang. Masalah yang kecil diperbesarkan sampaikan anda yang nak kena melayan kawan jenis macam ni boleh jadi penat, letih dan tak bersemangat untuk hidup lagi.

Rasanya eloklah korang bawa kawan jenis macam ni jumpa therapist ke apa. Takut nanti dia dan korang alami depression pulak.

 

4. ‘Drama Queen’

Giphy 4 1

Bersabarlah bagi mereka yang ada kawan seperti ini. Si drama queen ni sejenis manusia yang gemar mengadu masalah atau apa-apa hal yang membebani mereka kepada orang lain, namun bukan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Mereka ni hanya nak tarik perhatian orang ramai dan suka sangat hidup dalam drama kerana mereka kadang-kadang rasa bosan kalau hidup sunyi tanpa masalah.

Haish rimas tau kalau ada kawan jenis macam ni! Elok elak je daripada rapat sangat dengan mereka supaya hidup tak rumit macam drama samarinda. Beratus episod tu!

 

5. Datang dan pergi sesuka hati

Giphy 5 1

Rakan macam ni boleh diibaratkan seperti chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Bila dia ada masalah yang berat, dia akan datang minta tolong korang dan selalu text atau call bila dia memerlukan. Tapi bila korang perlukan mereka, puffff mereka terus hilang daripada radar. Ada saja alasan yang mereka bagi kononnya terlalu sibuk dengan kerjalah, family lah, boyfriend lah.

Lain kali kalau dorang contact, cuba korang pulak bagi alasan. Tengok reaksi mereka macam mana.

 

6. Kuat cemburu

Giphy 6 1

Uish rakan jenis macam ni yang paling bahaya. Sebab itulah mereka digelar ‘rakan toksik’ sebab mereka susah sangat nak rasa seronok atau gembira dengan kejayaan rakan yang lain. Ada saja yang mereka rasa tak kena dan cemburu dengan kelebihan rakan sendiri sehingga sanggup sabotaj demi nak nampak diri sendiri lebih bagus dari orang lain! Aduhai! 

Jaga-jaga jenis kawan macam ni. Kalau korang ada boyfriend atau girlfriend yang comel, habis nanti kena caras sebab dia tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia.

 

7. Selalu buat korang rasa rendah diri

Giphy 7

Inilah masalahnya kalau korang lepak dengan kawan berperangai toksik. Korang selalu saja rasa macam diri tu tak cukup bagus dan mudah rasa rendah diri dalam melakukan sesuatu. Hal ini kerana rakan jenis macam ni jarang sekali beri kata-kata motivasi untuk memajukan diri dan kalau ada pun sekadar kata-kata sinis yang mempertikaikan kemampuan korang.

Pilihlah kawan yang boleh buat anda jadi diri sendiri, yang saling mendukung antara satu sama lain tak kira dalam hal peribadi, hal kerja atau apa saja…. Paling penting, pilih kawan yang sentiasa ada untuk anda di saat mereka diperlukan…

Baca: 7 Jenis Member Dalam Group Whatsapp! Korang Yang Mana? 

Whatsapp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.