Sebelum ini, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen dah beberapa kali jadi topik hangat di Twitter kerana katanya pasangan ini kurang digemari warga Twitter.
Antaranya waktu netizen dapat tahu mereka berdua tidak keluar mengundi dan juga sebelum ini Hairul buat ucapan ‘khas’ buat Hanis di Instagram di mana menurut netizen ianya adalah ‘hal dalam selimut’.
https://www.instagram.com/p/BwHe89-h5W1/
Tapi, semalam ibu Hanis Zalikha pula yang jadi topik bualan netizen apabila dia dikatakan menunjuk-nunjuk benda yang tidak sepatutnya. Melalui satu posting yang dimuat naik oleh seorang gadis, dia menunjukkan screenshot Instagram post ibu Hanis Zalikha iaitu Nani Rostam.
Gambar itu menunjukkan ibu Nani sedang memegang ‘seikat’ wang RM100 hasil pemberian Hanis Zalikha. Katanya, dia bersyukur kerana anaknya itu tidak lupa untuk memberikannya belanja setiap bulan.
Posting itu kini sudah mendapat lebih 1,400 retweets dan rata-rata netizen sempat memerli tindakan ibu Nani kerana bukan saja menunjuk wang ringgit itu tetapi juga ibadahnya. Seorang netizen berkata,
Allahu. Kena tunjuk post duit + quran + tasbih ke?”
Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan gadis yang upload posting ini dan menganggap dia ‘busuk hati’ sebab bitter tentang benda yang tak sepatutnya. Menurut mereka, normal seorang ibu mahu menyatakan penghargaan dan rasa terima kasih kepada anaknya melalui media sosial.