in

“Kena pukul sbb taknak makan” – Mayat Budak Perempuan Warga Asing Dicampak Depan Ampang Point, Mati di Tangan Bapa Tiri

Budak Mati

Mayat kanak-kanak perempuan warga asing berusia 6 tahun ditemui oleh orang awam dekat depan Ampang Point, semalam. Menurut Harian Metro, mayat tersebut dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan pada jam 9.50 pagi sebelum saksi menghubungi pihak polis.

Budak3

Mati5

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya terus bergegas ke lokasi yang terletak di Jalan Memanda 3, Ampang itu selepas menerima panggilan kecemasan.

Siasatan awal mendapati kanak-kanak yang botak itu berusia dalam lingkungan enam tahun dan berpakaian lengkap.”

Mangsa yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ditemui dalam keadaan terbaring di atas bahu jalan.”

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan termasuk lengan dan badan. Mangsa juga mati dipercayai kerana dipukul oleh ayah tirinya menggunakan objek tumpul hanya kerana enggan makan.

Mati4

Budak4

Kanak-kanak itu disyaki dipukul hingga menyebabkan kematian di lokasi lain dan dibuang oleh suspek di tempat mayatnya ditemui.”

Selepas 30 minit, seorang lelaki dan dua wanita warga asing telah pun ditahan di sebuah hotel dekat Jalan Memanda 5, Ampang iaitu tempat mangsa dipercayai dipukul. Ketiga-tiga mereka ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh mangsa.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.Kes kini sedang dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu viral di media sosial video kanak-kanak itu semasa hayatnya yang dirakam oleh seorang individu ketika bersembang dengannya.

Tergamaknya buat macam tu dekat budak-budak yang tak boleh melawan!

Baca: “Dorang pura-pura nangis & menipu dipukul”- Gadis 19 Tahun Lunyai Dibelasah Bapa Lepas Nasihat Ibu & Adik Tiri Supaya Pakai Sopan

Feat 19

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Harian Metro
Sumber: Twitter