in

KEJAM! Gara-gara Tertumpah Jus Oren Atas Permainan Xbox, Remaja Lelaki ‘Bantai’ Kanak-kanak 4 Tahun Sampai Mati.

Featured 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang boleh bayangkan tak, hanya disebabkan seorang kanak-kanak tertumpah jus oren atas Xbox milik seorang remaja lelaki, nyawa kanak-kanak itu menjadi taruhan apabila dia dibelasah remaja lelaki tersebut sampai mati.



Malah menurut laporan perubatan, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Skylar Mendez, bukan sahaja dipukul sebaliknya mayat mangsa turut menunjukkan wujud kesan penderaan.

Mangsa, Skylar Mendez, 4 tahun

Man
Sumber : mirror. Co. Uk

Hasil siasatan juga mendedahkan yang remaja lelaki tersebut mengaku dia juga menggoncang dan memukul kanak-kanak tersebut..ish budak 4 tahun mana lah boleh melawan.

mirror.co.uk melaporkan remaja lelaki itu, Jonathan Fair 19 tahun telah pun didakwa atas kesalahan membunuh dalam kejadian yang berlaku di Waukegan, Illinois .

Menurut sumber Jonathan kini telah ditempatkan di Penjara Lake City atas kesalahan pembunuhan kelas satu yang dilakukannya itu.

Suspek, Jonathan Fair, 19 tahun

Jonathan

Malah pada mulanya, keluarga mangsa langsung tak menyedari yang kematian Skylar merupakan satu pembunuhan sebaliknya menganggap kejadian tersebut ialah kemalangan.

Ibu saudara kanak-kanak itu, Cecilia Villalpando berkata sanggup lelaki bersifat seperti ‘raksasa’ itu membunuh anak kecil yang tidak berdosa.

“Kesayangan kami mati gara-gara manusia tak berhati perut.”

“Apabila tahu dia dibunuh, makin sakit dan sedih kami rasa”

Difahamkan bahawa ibu Skylar tidak berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Fakta kes :

1. Suspek berusia 19 tahun manakala mangsa berusia 4 tahun.
2. Mangsa merupakan adik kepada teman wanita suspek.
3. Kejadian berlaku di rumah.
4. Mangsa didera sebelum dipukul hingga mati.
5. Suspek bawa mangsa ke hospital lepas mangsa tak sedar diri.

Betul lah orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa 

Kalau dah terikut sangat ‘nafsu’ tu habis logik akal pun dipengaruhi untuk buat benda bukan-bukan.

Baca : Memang b*bi la jantan s*al ni..!- Netizen Bengang Lelaki Tampar, Tumbuk Dan Ugut Bunuh Anak Jika Isteri Tak Pulang.

Featured 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.