“Kecik-kecik dulu cakap aku pun salah” – [VIDEO] Si Comel Marah Kakak Sebab Ajar Niat Solat Bahasakan Diri ‘Aku’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Masa kecik-kecik dulu mesti parents kita ajar macam mana nak hormat dan cakap dengan sopan dengan orang lain. Malah, sampai nak bahasakan diri ‘aku’ pun serba salah sebab cara tu nampak macam kasar.

Sampai sekarang ada lagi kanak-kanak yang rasa dengan membahasakan diri aku tu nampak kasar even dalam proses nak belajar sesuatu benda. Bagus juga sebab dari kecil lah kena didik budak-budak untuk hormat orang lain even dalam pertuturan sekalipun.

Viral di Twitter menerusi akaun @amanijalil dimana seorang budak perempuan memarahi kakaknya sebab bahasakan diri ‘aku’ waktu ajar niat solat. Video berdurasi hampir 30 saat itu mendapat perhatian ramai netizen malah diorang juga tertumpu dengan bulu mata budak ni yang lebat.

“Kakak cakap aku ke?”

Korang boleh tengok dalam video tu macam mana reaction si comel lepas kakak dia ajar niat solat Maghrib tapi bahasakan diri guna ‘aku’. Alahaii comel je dia tegur kakak dia

Netizen juga beranggapan mungkin si comel ni berasal dari Terengganu sebab korang boleh dengar cara dia sebut adakang instead of ada’an macam dalam niat solat.

Netizen turut tertarik dan terhibur dengan cara adik ni tegur kakak dia bahasakan diri guna ‘aku’.

Kakak cakap aku ke

Sucinya zaman ni dulu

Ya Allah kecomelan apakah ini

Baca : “Adik beradik cannibal ke ni? ” – [VIDEO] Ibu Tinggalkan Bayi Kejap, Habis Dikerjakan Bapa Saudara Sendiri

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Lagi selesa pakai sneakers daripada heels