in

“Kebal corona ke ni” – Warga Asing Buat FB Live Tunjuk Berpesta Songkran Dekat Sebuah Kilang Di Salak Tinggi

Songkran6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah sampai musim PKP ni kita kalau nak keluar rumah nak pergi beli barang pun rasa gerun, lagi-lagi kalau tengok kat situ ramai orang.


Tapi lain pula dengan warga-warga asing ni, berani mati siap sampai buat live video tengok buat satu sambutan ni.

Pelik betul dekat Myanmar sendiri sambutan ini sepi kerana bimbang Covid-19 ni tapi dekat tempat orang boleh tunjuk berani.

 

Ketika dunia tengah berperang dengan Covid-19, mereka berseronok dengan Arak.”

Posting di Facebook itu dikongsikan semula di Twitter difahamkan individu yang muat naik video tersebut merupakan warganegara Myanmar, sambutan itu dikatakan dibuat pada hari Ahad (12 April 2020).

Kejadian di sebuah kilang yang teletak di Bandar Baru Salak Tinggi, dalam video itu dapat dilihat warga asing berkerumun di satu perkarangan sambil menyanyi dan menari ramai-ramai.

Bukan itu sahaja identiti individu yang kongsikan video ini juga didedahkan..

Evdd 3Qu8Aaleno Evdeadgu8Aehqna Evdeaptvaaefup9

Menurut info pemuda ini, dia bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan. Ramai netizen yang bengang dengan sikap mereka ni, seolah-olah tak takut dengan undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa. Hurm betul tu kita sendiri takut.

 

Kebal corona ke ni – Netizen

Songkran Songkran2

Dalam pada itu ramai juga yang menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera kepada mereka ini.

 

Baca : “Masih ada lagi spesis yang tak faham bahasa” – Orang Ramai Masih Berdegil Tak Patuh PKP, Siap Datang Rumah Saudara-mara

Pkp 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.