in

“Kalau 500 kompom lepas”- Polis Tolak Duit Rasuah Warga Myanmar RM50 Masa Ops, Netizen Kata ‘Sikit Sangat’Sebab Tu Tangkap

Featured 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Bahagian Siasatan & Penguatkuasa Trafik, IPD Kuala Kangsar ada menjalankan Op Penguatkuasaan Lalu Lintas di Jalan Daeng, Selili.


Nak dijadikan cerita ketika itu anggota polis ada menahan sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah yang ditunggang oleh seorang lelaki warga Myanmar.

Hasil pemeriksaan polis mendapati yang lelaki warga asing itu tidak mempunyai lesen memandu, so disebabkan itu tindakan perlu diambil keatas lelaki tersebut.

Namun lain pula jadinya bila lelaki warga Myanmar itu cuba rasuah pihak polis dengan memberikan wang tunai RM50 yang digenggam dalam tangannya supaya dia lepas dari dikenakan saman.

74862778 2870425969634381 5201987053734068224 N
Sumber: facebook

Pegawai polis yang bertugas ketika itu dah bagi amaran kepada lelaki tersebut beberapa kali supaya jangan paksa polis ambil rasuah tetapi lelaki tu tetap berdegil.

Last-last disebabkan itu polis terus tangkap lelaki tersebut atas cubaan bagi suapan kepada pihak polis yang sedang menjalankan tugas.

73390745 2870426329634345 7469193361786667008 N

74877411 2870426446301000 7419407075849011200 N
Sumber: facebook

Rata-rata netizen memuji integriti yang ditunjukkan anggota polis yang bertugas ketika itu, namun yang tak syoknya bila ada segelintir netizen ‘membahan’ pihak polis susulan daripada kejadian tersebut.

Korang baca komen-komen kat bawah ni.

 

“kira la polis kt situ ada bpe org. tkkn nk bg 10rm sorg. fikir lah kesejahteraan org lain sama hahaahahaaahaaa…”

1 9

2 8

3 5

4 3
Sumber: facebook

 

Sepatutnya kita berbangga ada anggota polis yang pegang pada integriti dan menolak amalan rasuah, bukan condemn kan?

Baca : “Mengalah bukan erti kalah”  [Video] Polis Ini Sanggup Melutut Merayu Minta Orang Kampung Jangan Bunuh Pekerja Lombong

Rayu

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.