in

“Kata berita tak betul tapi…” – Muslim Pro Keluarkan Kenyataan Rasmi, Nafi Jual Data Pelanggan Kepada Tentera US

Susah Nak Percaya Salam Pun Tak Ada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh apabila aplikasi waktu solat dan kiblat yang digunakan hampir 98 juta umat Islam seluruh dunia, Muslim Pro dikatakan telah menjual data lokasi pelanggan kepada tentera Amerika Syarikat (AS).


Berikutan isu tersebut, pemaju Muslim Pro yang berpangkalan di Singapura telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka yang menafikan dakwaan bahawa ia menjual maklumat peribadi pengguna kepada tentera AS.

Malah menurut pemaju aplikasi itu, laporan media dikatakan sebagai ‘tidak betul dan tidak benar’. 

Menurut Free Malaysia Today, memetik ketua komuniti Muslim Pro, Zahariah Jupary berkata, melindungi dan menghormati penggunanya adalah keutamaan syarikat tersebut.

Malah tambahnya lagi, sebagai aplikasi orang Islam yang paling dipercayai sejak 10 tahun lalu, ia mematuhi piawaian privasi dan peraturan perlindungan data secara ketat, dan tidak berkongsi sebarang maklumat yang boleh boleh mengenal pasti mana-mana individu.

10Dbcf11 7137 495B 936A Be05Ba0F602B 1024X576 1

Walau bagaimanapun, pemaju aplikasi tersebut, Bitsmedia berkata, mereka akan menamatkan hubungan bisnes dengan X-Mode dan rakan data yang lain.

X-Mode menurut laporan Vice semalam, merupakan broker data pihak ketiga yang digunakan tentera AS untuk membeli data daripada Muslim Pro. Erk! Okay… 

 

“Kata berita tak betul tapi boleh pula terminate contract dengan data partners” 

Pun begitu, penjelasan daripada pihak Muslim Pro sama sekali tidak boleh memberi kepercayaan semula kepada bekas penggunanya. Kebanyakan pengguna Muslim Pro telah membuang aplikasi tersebut daripada telefon mereka.

Malah ada juga yang mempersoalkan tindakan Muslim Pro yang menamatkan kontrak dengan X-Mode sebagai satu petanda bahawa aplikasi tersebut ada menjual data mereka kepada syarikat broker data itu.

Yolah

Hmm min pun tak tahu nak percaya ke tidak. Apa-apapun tepuk dada tanya selera. Kalau korang rasa selamat nak pakai apps ni, pakailah. Min cadang nak beli TV masjid je senang. 

Baca: “Kenapa curi data kami?” – Muslim Pro Aplikasi Yang Diguna 98 Juta Umat Islam Jual Data Pada Ketenteraan US?

Muslim Pro Israel

Sumber: Blog
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.