in

“Kamu kah itu suamiku?” – Upload Gambar Lawatan Rasmi Tapi IG Putera Mateen Diserang Gadis ‘Tak Keruan’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengiran Muda Abdul Mateen berkongsi detik-detik ketika menerima lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Instagram peribadinya.


Menerusi gambar-gambar itu, anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu dilihat beramah mesra dan menyantuni Muhyiddin dan Hishammuddin. Turut kelihatan ayahandanya yang mengiringi Perdana Menteri kita ketika lawatan tersebut.

Meskipun berkongsi foto lawatan rasmi, ruangan komen gambar tersebut sebaliknya dipenuhi dengan komen-komen ramai wanita yang ‘tidak keruan’ melihat ketampanan anak raja berusia 30 tahun itu.

Wanita-wanita itu semua dilihat mengusik Mateen serta ada yang seolah-olah berangan dan membayangkan bahawa mereka adalah kekasih atau pun suri hati beliau. Kebanyakannya memberi komen menggunakan emoji 😍 dan ❤️.

Sehingga kini, ruangan komen itu mempunyai sehingga 1,170 komen daripada pengguna Instagram termasuklah dari Malaysia dan Indonesia.

Walau bagaimanapun, ruangan komen itu tidaklah 100% tentang komen dari wanita-wanita tersebut. Ada yang turut memberikan komen profesional dengan mendoakan kesejahteraan pertemuan dua negara Islam itu serta ada yang memuji Mateen kelihatan matang dan profesional sebagai ahli diplomatik.

Difahamkan, Muhyiddin tiba di Bandar Seri Begawan atas tujuan lawatan rasmi ke Brunei selama dua hari selepas menerima jemputan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Lawatan itu bersempena dengan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 Malaysia-Brunei Darussalam.

Baca: Cantik, Business Minded dan Suka Travel. Siapa Gadis Cun Ini Di Hati Prince Mateen?

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.