Nampaknya nama Mia, Khuzairi, Nurul dan juga Mak Leha kini sedang menjadi bualan hangat di media sosial kerana sikap masing-masing geram dengan perangai watak-watak dalam 7 Hari Mencintaiku 2 ni.
Sorang jahat sangat, ada pula baik sangat macam watak Khuzairi tu sampaikan pelakon yang bawa wakak tu sendiri emo dibuatnya.
Dah jadi balik perangai lama, tak tahu kenapa dia ni sabar sangat dengan isteri dia. Kalau saya,, saya dah tangankan dia ni”
Perkongsian itu mula viral di Twitter dan ada yang meraih sehingga 4.7K retweets. Ramai yang terhibur apabila melihat telatah Syukri Yahya tu.
Dalam drama bersiri itu, kita tahu bahawa Syukri Yahya memegang watak Khuzairi yang merupakan seorang penyabar dan tahap kesabarannya dikatakan memang limited edition melayan ‘panas’ perangai isterinya Mia yang dilakonkan oleh Siti Saleha.
Jadi, dengan video ini, ada juga netizen anggap yang watak Khuzairi ini hanya wujud dalam drama je sebab Syukri sendiri nampak emo bila tonton semula lakonannya.
Bukti bahawa ‘khuzairi’ wujud dalam drama je – Netizen
Kalau min, sampai sekarang bengang gila dengan watak si Nurul tu.