Baru-baru ini, nama dan profil Facebook seorang wanita jadi bualan hangat netizen di Twitter dek kerana komennya berkenaan isu hantaran murah. Seorang individu bertindak memuat naik screenshot komen tersebut berserta profil dan gambar wanita itu di Twitter.
Berdasarkan komen itu, wanita tersebut bercakap tentang hantaran kahwin dan mengaitkan orang Sabah yang telah mencetus kemarahan serta kecaman ramai. Komennya di Facebook itu berbunyi,
Haha kalau takde duit takyah gatal nak kahwin, kalau rasa 20k mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah ke yang duduk kat rumah panjang tu. Dapatlah RM500 macam tu.”
“Dia taktau ke hantaran orang Sabah mahal”
Posting di Twitter itu mengundang pelbagai reaksi, respon dan komen netizen yang berasa marah dengan wanita berkenaan kerana seolah-olah memperlekehkan dan merendahkan wanita Sabah.
Cantik tapi takde otak, rumah panjang pun kau tak pernah pijak.”
Malah, ramai yang menyindirnya kerana tidak tahu bahawa hantaran dan perkahwinan di Sabah sebenarnya mahal dan kadang kala lebih mahal dari orang Semenanjung. Komennya itu bukan saja menaikkan kemarahan orang Sabah tetapi juga non Sabahan yang tidak bersetuju dengan kata-katanya itu.
Mohon maaf, buat laporan polis sebab terima ugutan
Melalui Facebook, wanita itu telah membuat permohonan maaf kerana mengguris hati ramai pihak serta menimbulkan kekecohan sehingga sebegitu di media sosial. Menurut mStar, dia turut membuat laporan polis kerana telah menerima pelbagai ancaman termasuk ugutan santau serta rogol daripada individu tidak dikenali.
“Saya dengan merendah diri ingin memohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan, mengecilkan hati pihak tertentu sehingga berlakunya kekecohan dimana komen saya telah diviralkan dan saya menarik balik apa yang saya cakap dan saya mengaku itu adalah salah saya. Di sini saya lampirkan laporan polis kerana isu ini telah semakin besar sehingga mendatangkan ancaman kepada saya dan segala butiran saya telah didedahkan oleh individu tertentu.”
“Jadi, saya rasa isu viral ni telah memberi ancaman keterlaluan sehingga boleh mengancam keselamatan saya. Saya tak ada facebook lain selain facebook ni, twitter dan instagram pun saya tak ada, yang banyak post2 yang dikeluarkan itu semua adalah AKAUN PALSU yang ingin mengeruhkan lagi keadaan dan mengambil kesempatan. Saya hanya mengeluarkan komen itu sahaja, tiada tokok-tambah tentang isu ini. Akhir kata, saya ingin memohon maaf lagi sekali.”
Baca: “Mungkin gurauan rakan sedarjah” – Kenyataan Timbalan IGP Isu Ugutan Rogol Pelajar Dikecam Netizen