in

“Jumlah pesanan hampir RM500” – Gara-gara Isu Tular, Ada Orang Pedajal Bateriku, Hantar 15 Rider Foodpanda Depan Office

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular kisah mengenai seorang bekas pekerja Bateriku.com menuduh rider Grab curi minumannya gara-gara hanya dua pesanannya saja yang sampai walaupun dia pesan tiga minuman.


Ekoran dari isu viral tersebut, pada 15 Februari lalu syarikat Bateriku.com telah dikejutkan dengan prank dari individu yang tak bertanggungjawab. Individu tersebut telah menghantar seramai 15 rider FoodPanda ke depan pejabat mereka dengan pesanan bernilai hampir RM500!

Euxo3Fjvkaajlqr

Menerusi kenyataan yang diberikan kepada media, Bateriku.com telah menceritakan kronologi yang berlaku pada mereka.

Pada anggaran pukul 1.30 petang, pihak kami dikejutkan dengan kehadiran 15 orang penghantar makanan didepan alamat kami.

Kesemua penghantar makanan ini menyatakan mereka menerima pesanan beralamatkan pejabat kami.

Kesemua jenis pembayaran untuk pesanan makanan yang ditempah adalah secara tunai.”

Euwsvxzucamsi A

Ekoran dari ini, pihak Bateriku.com telah meminta agar FoodPanda menghentikan sebarang penghantaran makanan di alamat mereka dan tak kenakan sebarang pembayaran disebabkan oleh kejadian ini.

Apa lagi rezeki jangan ditolak, kebetulan waktu makan tengah hari. Kesudahannya, makanan yang diorder oleh prankster tadi, sama-sama dikendurikan oleh rider FoodPanda dan Hero Bateriku.”

Dalam gambar yang disertakan oleh Bateriku.com turut ditunjukkan pesanan yang dibuat oleh individu tersebut dengan arahan seperti mengajuk bekas pekerja yang tular sebelum ini.

Euwsohevkai M4W

Jangan curi air aku.. ataw aku viralkan lagi rider curi air aku..”

Apa punya perangai ni? Orang lain buat hal orang lain pula kena tanggung benda ni… Kesian abang-abang rider. Nasib baik dapat makan free.

 

Baca: “Benda ni silap pada aku sendiri” – [VIDEO] Pemuda Tuduh Rider Curi Air Minta Maaf Secara Terbuka

Screenshot 2021 02 17 At 2.30.31 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.