in

“Jual nasi lemak, income RM11K” – Individu Kongsi ‘Drama’ B40 Bila Loan Tak Lepas & Disuruh Bayar Tax

Ft B40 Vellfire 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan nak memperlekehkan tapi ada sesetengah golongan B40 ini yang juga suka ‘buat onar’ dalam membuar sesuatu urusan sehingga menyusahkan ramai pihak.


Golongan B40 merupakan golongan yang kurang berkemampuan dari segi pendapatan sehinggakan kerajaan tampil dengan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan ini. Namun ada yang mendakwa beberapa golongan B40 ini sebenarnya ‘menyamar’ disebalik status tersebut, semata-mata untuk kesenangan masing-masing.

Kisah ini dikongsikan oleh individu yang dikenali sebagai Ahmad Altajuddin di Facebook mendedahkan perangai mereka dalam bab-bab yang melibatkan duit ini.

 

Drama B40 : Mampu tapi melenting bila loan tak lulus sebab tak buat tax

Ada individu dari golongan ini yang cuba untuk membuat loan bagi membeli kenderaan jenis MPV, namun malangnya bank menolak permohonan tersebut kerana tiada slip gaji atau bukti lain.

Jadi, pastinya bank tidak boleh menilai tahap kemampuan kewangan pembeli, disebabkan itu golongan ini mula buat perangai dengan melakukan tindakan luar kawalan.

“Dia punya mengamuk sakan dengan pegawai bank sampai habis dirakam viralnya semua. Kalau bileh celah lubang hidung pegawai bank pun dirakamnya.”

143065319 4975743385830010 7067688628623496805 O

Malah, golongan tersebut sempat menunjuk yang dirinya masih mampu menjana pendapatan bulanan sehingga RM 11K  sebulan walaupun hanya dengan jual nasi lemak, kononnya ‘waktu kerja’ sehari dari 7 pagi hingga 11 pagi sahaja.

“Dah 2x belanja mak pi umrah. Setakat gaji pegawai bank tu katanya, banyak lagi pendapatan bulanan dia. Tapi tak bak declare income tax. Peeerrggghhhhh…. Dia punya angkuh sampai myvi pun dia kata beli cash je.”

Namun lain jadi, bila mereka dikenakan penalti dari LHDN kerana tunggakan bayaran cukai selama 5 tahun. Muncul pula ‘drama’ lain.

“Kat situ dia punya zuhud tiba-tiba datang. Dia kata apalah sangat niaga nasi lemak tepi jalan encik. Kais pagi makan pagi je. Kalau hujan, tak habis jualan kami buang je encik.”

“Nak derma dengan orang, sakit plak hati kami tengok orang makan free padahal kami nak start masak tu kena bangun 3 pagi.”

“Pukul 11 pagi habis niaga memanglah habis niaga encik. Tapi nak mengemasnya dah setengah jam. Sampai rumah bukan boleh terus rehat.”

Screenshot 2022 09 21 180345

“Nak mengangkut dari kereta ke dapur lagi. Nak membasuh lagi. Bawang-bawang rempah semua bukan boleh baru nak sedia esok.”

“Balik tu lah kena terkocoh kocoh sediakan. Mau 12 jam juga menghadapnya encik. Tapi pendapatan apa lah sangat sampai kena penalti RM132k. Tolong lah encik katanya.”

Selain daripada ‘drama’ dalam pembelian kereta dan disuruh bayar cukai, Ahmad Altajuddin juga menyindir sikap segelintir B40 yang terlalu riak jika mendapat pendapatan banyak.

Screenshot 2022 09 21 185109

“Tu belum masa pkp dia niaga rancak je. Bantuan BRIM dia tibai, bantuan zakat dia tibai, bantuan peniaga dia tibai, bantuan kerajaan negeri pun dia tibai. Lepas tu show off kat fb dapat bantuan.”

“Esok dia post pula…. Ni lah velfire saya, hasil titik peluh saya bekerja. Tak salah manjakan diri kan.”

Katanya lagi dengan sikap golongan B40 yang sebegini lah punca kerajaan sukar untuk kurangkan pendapatan B40.

“Kalau B40 declare pendapatan mereka, ramai dah B40 yang boleh upgrade kategori mereka ke T20 tanpa perlu jadi M40. Masalahnya sekarang ni B40 culas.”

“Kerja makan gaji, tapi kat luar join MLM, jual jamu, jual produk timbang kilo, jual kek, sampai pendapatan bulanan cecah kategori T20 Lembah Kelang. Bila tak declare, data dan status perangkaan akan kekal dengan bilangan B40 yang ramai.”

“Sampai bila tak upgrade-upgrade? Sebab ada perangan B40 macam ni lah, sampai bila-bila pun kerajaan sukar nak kurangkan rakyat berpendapatan B40.”

Baca : Tindakan Pengunjung ‘Gatal Tangan’ Usik Hiasan Lego Di Pusat Beli Belah Undang Kecaman Netizen

Efdp

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.