JonBenét Ramsey : Misteri Kematian Lebih 2 Dekad Ratu Cantik Kanak-kanak & Kisah Disebalik ‘Nota Bunuh’.

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa yang mahu ahli keluarga mereka menjadi mangsa pembunuhan kejam, lagi-lagi bila si pembunuh tidak dapat ditangkap dan kes ditutup ekoran kekurangan bukti.

Ia sudah tentu menjadi khabar paling duka buat mereka yang terlibat yang menuntut keadilan bagi si mati, namun inilah yang perlu diterima meskipun pahit untuk ditelan.

Kisah yang admin nak kongsikan ini berkisar mengenai pembunuhan misteri kanak-kanak berusia enam tahun iaitu JonBenét Ramsey

Kehidupan bagaikan ‘Puteri Di Alam Fantasi’

Hidupnya bagaikan mimpi indah yang diidam-idamkan kanak-kanak lain yang seusia dengannya kerana dia memiliki segala-galanya, malah lebih dari apa yang dia perlukan.

Ayahnya merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya dalam bidang pengkomputeran, memiliki syarikat yang sedang meningkat naik, manakala ibunya, Patsy Ramsey pula graduan kewartawanan yang juga bekas ratu cantik yang disegani.

JonBenét juga mempunyai seorang abang, Burke yang ketika itu berumur lebih kurang 10 atau 11 tahun.

Kehidupan JonBenét cukup mewah sebelum dia mula memasuki dunia glamor selepas ibunya mendedahkan dia dengan kerjaya ‘ratu cantik’. Malah kanak-kanak itu telah memenangi banyak ‘crown’ dalam setiap pertandingan yang disertainya.

Namun, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Kebahagiaan dan ‘dunia glamor’ yang dikecapi JonBenét hanyalah sekejap sahaja sebelum dia ditemukan mati pada malam Krismas, 26 Disember 1996.

Penculik tinggalkan nota ugutan tulisan tangan dan meminta….

Kisah ‘malang’ kanak-kanak itu bermula selepas mereka sekeluarga pulang dari parti Krismas, pada waktu itu bapa JonBenét mengangkat kanak-kanak perempuan itu ke bilik sebelum menghabiskan masa bersama anak lelakinya (Abang JonBenét) menyiapkan model permainan kereta api yang juga merupakan hadiah Krismas kegemaran Burke.

Setelah selesai dengan urusan masing-masing, mereka sekeluarga pun masuk tidur.

Namun, kira-kira pukul 4 pagi, ibu JonBenét terjaga dari tidur lalu keluar dari kamar beradunya, pada ketika itulah dia terjumpa tiga helai kertas yang merupakan nota ugutan ditulis dengan tangan yang tersusun kemas di anak tangga rumahnya..aik sempat tulis tangan lagi yer penculik tu.

Obviously ibu JonBenét panik lepas baca 3 baris ayat pertama pada nota ugutan tersebut yang mengatakan anaknya telah diculik, Patsy terus berlari ke tingkat atas rumah untuk memastikan sama ada anak perempuannya masih ada atau tidak.

Ternyata anaknya tiada di dalam kamar.

Kalau korang nak tahu, nota ugutan tulisan tangan tersebut ditulis secara terperinci bahawa ‘penculik’ tersebut mahukan wang sebanyak $118,000 atau bersamaan hampir setengah juta ringgit sekiranya mereka mahu JonBenét selamat.

Malah penculik itu dengan tegas menyatakan bahawa mereka (kumpulan penjenayah) akan bertindak lebih teruk jika keluarga Ramsey tidak melakukan apa yang mereka mahu.

Dijerut, tangan diikat & badan lebam ditusuk alat kejutan elektrik

Tanpa berfikir panjang, Patsy kemudiannya bertindak menghubungi 911, tak lama lepas tu detektif tiba dan membuat pemeriksaan di rumah dan kawasan sekitar bagi melakukan analisis terhadap kes tersebut.

Bapa JonBenét, pada masa itu turun ke bahagian bawah rumah bersama rakannya dan terkejut kerana menemui mayat anak perempuannya itu terbaring kaku sambil dijerut, tangannya diikat sementara tubuh kanak-kanak itu dihampar dengan selimut..allahu huhu

Malah mereka turut menemukan kesan luka, seolah-olah lebam akibat tusukan alat kejutan elektrik pada bahagian anggota badan JonBenét.

Hasil bedah siasat mendapati tengkorak JonBenét pecah meskipun tiada darah atau kesan kulit koyak pada bahagian kepala mangsa yang didakwa dipukul dengan objek tumpul keras (mungkin lampu suluh).

Malah mereka juga tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan itu didera secara seksual berdasarkan DNA asing yang ditemui pada seluar dalam JonBenét..ish kejam sungguh la pembunuh ni.

Pelbagai teori muncul, dakwa keluarga bunuh dan reka cerita bagi tutup kes!

So disebabkan kes ini telah mendapat liputan meluas, netizen mula berdebat malah ada dakwaan yang mengatakan ia mungkin berkaitan dengan kerjaya kanak-kanak itu sebagai ratu cantik yang kerapkali berpakaian seksi yang menunjukkan liuk lentok tubuh badan di khalayak umum, menyebabkan ia menjadi perhatian lelaki ‘pedophile’ lalu bertindak membunuhnya..logik jugak kan.

Namun yang peliknya, meskipun pelbagai teori yang wujud berhubung kes tersebut, tiada seorang pun suspek yang ditahan sepanjang siasatan pembunuhan itu dijalankan sebaliknya banyak banyak konspirasi dalaman yang berlaku antara keluarga Ramsey bersama penguam peribadi mereka yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

Jadi bertambah pelik bila keluarga Ramsey ini mengelak untuk bekerjasama dengan polis dan media..aik kenapa nak mengelak pulak kan?

Disebabkan situasi tersebut, timbul teori mengatakan ibu bapa JonBenét sendiri yang telah merangka semua jalan cerita pembunuhan kanak-kanak itu bagi menutup kesalahan mereka yang sebenarnya telah membunuh anak sendiri.

Pakar tak tolak kemungkinan nota ugutan tulisan tangan ditulis oleh Patsy.

Mesti korang nak tau apa akhir kisah murder case ni kan? Sebenarnya hasil daripada siasatan yang dijalankan pakar-pakar hebat yang diundang untuk muncul dalam rancangan televisyen siasatan The Case Of : Jonbenét Ramsey , mereka hampir berjaya merungkai kes pembunuhan kanak-kanak tersebut secara terperinci berdasarkan bukti-bukti kukuh.

Apa yang agak mengejutkan ialah hasil siasatan tersebut mendakwa mungkin abangnya sendiri secara tak sengaja telah mencederakan Jonbenét Ramsey sehingga mati.

So, bagi mengelak anak lelakinya ditangkap polis, pasangan Ramsey telah mereka-reka cerita bagi menggambarkan anak perempuannya itu telah diculik dan dibunuh orang luar..aissh kalau betul lah, memang kejam lah parent dorang ni.

Kenapa Burke ketawa bila cakap adik perempuannya dibunuh?

Korang nak tau apa yang menguatkan hasil siasatan tersebut? Buktinya masa press conference pasal kes tersebut dijalankan, pasangan Ramsey itu seolah-olah kaku, air mereka juga berubah selain tergagap-gagap ketika menjawab setiap soalan media.

Si abang iaitu Burke pula dilihat sering ketawa ketika ditemuramah oleh pakar psikologi yang bertanya mengenai perasaannya apabila mengetahui adiknya telah mati serta hubungannya dengan JonBenét. Ia menunjukan seolah-olah sebagai abang, Burke langsung tidak kisah dan risau akan kehilangan adiknya itu.

Dikatakan perangai Burke yang agak kasar mungkin disebabkan terasa seperti disisihkan ibu bapa selepas kelahiran adik perempuannya itu. Keadaan menjadi semakin ketara bila adiknya aktif memasuki pertandingan ratu cantik dan perhatian si ibu jelas kepada JonBenét.

Ibu JonBenét, Patsy telah meninggal dunia pada tahun 2006 kerana menghidap kanser ovari manakala suaminya masih hidup sehingga kini. Abangnya pula merupakan seorang penganalisa komputer yang berjaya.

Kes pembunuhan JonBenét ditutup dan masih menjadi misteri yang belum selesai.

Baca : Welcome to Unit 731 : Eksperimen Gila  Kejam Tentera Jepun Yang Disenyapkan Dalam Sejarah Dunia

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.