in

Jenazah Belum Pun Dikebumikan, Ada Pihak Dah Sebar Foto Palsu Bayi Pra Matang Shuib-Sarah

Ft Foto Palsu Bayi Pra Matang Siti Sarah Tersebar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru beberapa jam Siti Sarah Raisuddin disahkan dan dilaporkan meninggal dunia disebabkan Covid-19, sudah ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan perkara tidak benar.


Sebuah foto bayi tular dikatakan mula tersebar mendakwa kononnya bayi tersebut merupakan anak yang baru dilahirkan Siti Sarah secara pembedahan tanpa sedar baru-baru ini. Bayi itu bagaimanapun dilihat seperti bayi normal dilahirkan pada waktu sepatutnya, berbeza dengan bayi Siti Sarah dan Shuib yang terpaksa dilahirkan pra matang.

Bersama foto itu, tertulis caption,

Baby arwah Siti Sarah.. Pengorbanan seorang ibu. Moga Allah anugerahkan syurga Terindah Jannahtul untuk ibunya, Siti Sarah.”

Baby

Orang ramai diingatkan untuk tidak berkongsi foto palsu itu di mana-mana platform media sosial atau aplikasi Whatsapp melainkan untuk memaklumkan ia adalah gambar palsu dan tidak benar.

Allahyarham Siti Sarah telah melahirkan bayi pra matang yang diberi nama Ayash Affan secara pembedahan tanpa sedar pada Jumaat lalu, selepas ditidurkan kerana tahap oksigen yang menurun.

Arwah menghembuskan mafas terakhirnya pada jam 5.13 pagi tadi, Isnin (9 Ogos) dan berita sedih itu dimaklumkan oleh suaminya sendiri, Shuib di Instagram. Ucapan takziah daripada rakan artis dan netizen membanjiri ruangan komen posting tersebut dan sejak awal pagi tadi, ramai selebriti dilihat berkongsi kisah kebaikan arwah ketika hayatnya.

Baca: “Arwah sempat hadiahkan Ayash Affan” – Shuib Redha, Siti Sarah Pergi Lepas Bergelut Selamatkan Anak

Ft Shuib Redha Pemergian Sarah Bergelut Selamatkan Anak

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.