in

“Jemari tu gatal sangat” – Pesakit Kena Sound Sebab Viralkan Terma Medikal Dakwa Dikutuk Staff Padahal..

Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat meludah kelangit terkena dekat muka sendiri, tak pasal-pasal dapat malu seorang individu ini apabila cubaannya untuk viralkan sesuatu tapi diri sendiri yang malu lepas kena sound dengan Dr. Rusyainie Ramli ni.

 

Busuk sangat hati kenapa?


Dikatakan pesakit ini ada buat check up  di sebuah hospital kerajaan di Kedah. Kita sedia maklum biasanya hospital kerajaan ini akan bagi ubat secara percuma atau kalau kena bayar pun cuma RM 1.

Jadi, nak dipendekkan cerita, seorang pesakit ni bawa nombor dan mungkin lepas pemeriksaan dia bawa nombor giliran itu ke unit farmasi.

Dekat nombor giliran tersebut ada nota ringkas tulis “nak peri je”, kawan anak mangsa viralkan sebab dia menyangkakan staff-staff hospital tengah kutuk mak kawan dia, labelkan staff-staff ni  busuk hati.

87069522 10221024970084562 9042972677299503104 N

Susulan itu, ia membuatkan Dr. Rusyainie mula terpanggil untuk sound balik individu yang hentam tuli kata staff kutuk orang tua.

 

Peri tu maksudnya perindopril…

Katanya itu adalah satu terma untuk perubatan, bukannya satu kutukan. Orang-orang kerja hospital bukanlah sewenang-wenangnya nak kutuk pesakit.

Terma-terma perubatan ini sudah semestinya tidak boleh difahami orang-orang dari luar bidang ini.

Peri tu maksudnya perindopril. Sejenis ubat darah tinggi dari kumpulan Angiotensin-converting-enzyme inhibitor yang digunakan untuk mengawal darah tinggi dan juga dalam heart failure.

Perindporil ni menurunkan tekanan darah dengan mengembangkan salur darah, vasodilation, bila enzim ACE dihalang dari menghasilkan angiontensin.

Penggunaan perindopril sebagai ubat untuk darah tinggi memang termaktub dalam Clinical Practice Guidelines for Hypertension, sebagai salah satu first line medication. Yang bagusnya perindopril ni, ia memberikan perlindungan kepada buah pinggang untuk pesakit yang mengikut kriteria tertentu.

Katanya lagi pegawai farmasi biasanya kalau setakat BI yang mudah, takkan lah dia mengeja pun salah.

Biasalah kami dalam bidang perubatan, selalu sangat gunakan abbreviation atau frasa yang pendek. Rakyat marhaen yang bukan dalam lapangan ni memang selalunya tak faham. Bukannya kami gunakan singkatan tu bila berkomunikasi dengan pesakit. Ianya hanya untuk difahami kami sama sendiri.

Percuma dalam bahasa Inggeris ejaannya FREE. Bukan peri. Pegawai farmasi biasanya kalau setakat BI yang mudah, takkan lah dia mengeja pun salah.

Malah dia juga memberi nasihat kepada individu tersebut supaya tidak hentam tuli viralkan sesuatu kalau tak tahu apa-apa.

Nasihat saya, sebelum jari jemari tu gatal sangat nak menularkan staf perubatan ni, semak dulu fakta. Jangan sampai hujungnya memalukan diri sendiri.

Dalam pada itu, pihak Hospital Baling juga ada tampil buat kenyataan tersebut.

87073061 10221024970644576 4732639852330221568 O

Ia mencuit hati netizen kerana sikap melulu individu tersebuat dah makan diri balik. Hmm, lepas ni kalau rasa tak pasti, apa kata tanya je betul-betul.

 

Baca : “Orang tengah cemas, ambil kesempatan pulak”- Dua Farmasi Jual Topeng Muka Mahal Masa Rakyat Risau Wabak Coronavirus

Farmasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.