Namanya pernah terpalit dengan kontroversi akibat penceraiannya selepas 3 bulan berkahwin, malah ada juga segelintir pihak mendedahkan beberapa perkara kurang enak mengenai dirinya.
Tidak lama selepas kes itu ‘mendiam’, pelakon Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61 sekali lagi menjadi buah mulut netizen susulan dengan gelagatnya berkaraoke.
“Hidup mesti hepy, tabarakallah”
Ia dikongsikan menerusi satu video di TikTok miliknya, sepanjang tempoh artikel ini ditulis, video yang dimuat naik selama 19 jam lalu ini telah meraih sebanyak 187.7K jumlah tontonan.
Dalam video berdurasi 42 saat tersebut, dilihat Mak Wan bergitu asyik menari dalam sebuah bilik pusat karaoke sambil mengalunkan lagu Sway.
https://www.tiktok.com/@_makwanlatahofficial/video/7103863459284061442?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menjengah ke ruangan komen, dilihat ramai netizen yang kurang senang apabila melihatnya, ada yang ungkit mengenai statusnya yang kini dah bergelar janda, malah ada juga yang mengatakan bahawa ini bukanlah akaun miliknya.
Video lama, memang suka karaoke untuk hilangkan stress – Mak Wan
Terpanggil dengan salah satu komen netizen, Mak Wan tampil memberikan keterangan bahawa dirinya memang suka berkaraoke untuk hilangkan stress.
“Salah ke Mak Wan karaoke? Itu video lama bukan sekarang. Lagipun Mak Wan memang suka karaoke.. Salah ke? Ada hukum mengatakan salah? Tak ada kan?”
“Mak Wan tak usik sesiapa pun. Kenapa nak marah Mak Wan pergi karaoke? Lepas shooting ke lepas penat, Mak Wan pergi kejap karaoke ‘jamban’ tu. Bukan mahal mana pun. Kalau mahal, Mak Wan tak mampu. Tolong la jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukup la tu.”
Dalam caption video tersebut, Mak Wan juga ada menegaskan agar tidak kaitkan hobinya itu dengan isu dan kontroversi mengenai penceraiannya sebelum ini.
“Hati kita jangan hitam ..jangan anggap bila di cerai saje dah dikecam ..’patut la di cerai’ jangan judge orang di sebab kan dia bercerai ..itu semua perancaangan Allah SWT….Kita tak boleh melawan takdir…Maaf kan Mak Wan yea.”
https://www.tiktok.com/@_makwanlatahofficial/video/7103944095231511810?referer_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2Fnetizen-kecam-video-sakan-nyanyi-sambil-menari-mak-wan-latah-mengaku-suka-karaoke-masa-stres-ada-hukum-mengatakan-salah&referer_video_id=7103944095231511810&refer=embed
Untuk rekod, Mak Wan telah berkahwin dengan bekas suaminya Husain Dolah pada 22 Januari lalu, namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila bekas suaminya itu melafazkan cerai talak satu selepas 3 bulan mereka berkahwin.
Baca : “Tak fikir secara rasiona” – Cerai Lepas 3 Bulan Kahwin, Bekas Suami Dedah Sikap Mak Wan Latah