“Jangan sesekali kurang ajar pada perokok…perokok manusia, bukan sampah!”- Sharnaaz ‘Melenting’ Kat Twitter Pasal Isu Rokok.

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Negara sedikit kecoh bila Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Ada pihak yang menyambut baik seruan kerajaan itu, namun ada juga yang sehingga kini tak puas hati dengan keputusan tersebut yang disifatkan sebagai tergesa-gesa.

Tak ketinggalan memberikan pandangan peribadi berkaitan isu ini ialah pelakon lelaki popular tanah air, Sharnaaz Ahmad yang memuat naik beberapa status di twitter nya semalam.

TATAPIII, Jangan sesekali kurang ajar pada perokok, dari denda merokok jadi denda penendang…perokok manusia, bukan sampah..”

Larangan merokok memang baik!! Tapi…

Sumber : Twitter

Haa tudia bila Abang Jebat bersuara, habis gegar gempita laman twitter dengan ‘warning’ tu.

Tapi admin tengok ramai yang menyokong statement Sharnaaz tu..entahlah admin no komen bab ni.

All sarcastic and savage

Sumber : Twitter

Betul bro…

Buat rules macam orang Malaysia ni takde otak..

Sumber : Twitter

Tapi beberapa minit sebelum muat naik status ini, Sharnaaz ada muat naik satu status yang berbunyi :

TETAPI! Ingat ya tanpa perokok jugak perniagaan saudare saudari cikebom cikebom pun boleh lingkup.”

Tak caya tanya mamak sebelah umah hang!…

Sumber : Twitter

Tapi part paling best bila netizen menyokong cadangan supaya Sharnaaz dilantik sebagai menteri, gara-gara dia memuat naik status menegur larangan merokok yang diperkenalkan kerajaan.

Eh mai aku jadi Menteri lah!

Sumber : Twitter

Plss be our next SMART ‘menteri’

Saya undi punya!

Details kan balik undang-undang yg mengarut ni..

Bagi admin ada pros and cons larangan ni, kita tak boleh lah nak tengok sebelah pihak je kan, tu tak adil namanya..fikir dengan bijak okay guys!

Baca : Nak hisap rokok ukur 3 meter dulu, ngam..okay hisap rokok-Netizen Geli Hati Gelagat Perokok Bila Tak Boleh Merokok Kat Kedai Makan.

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.