Semalam, nama pelakon Paskal, Ammar Alfian terpalit lagi dengan kontroversi susulan dengan tular video semburit yang dikatakan miripnya.
Biarpun tidak di perjelaskan namanya, kelibat pada badan lelaki dalam video tersebut membuatkan ramai yang syak ia adalah Ammar Alfian kerana lelaki tersebut berbadan sasa dan mempunyai tatu di dadanya.
Korang samakan aku dengan gayboy latino ni
Memandangkan namanya dah tercalar dengan kontroversi ini, Ammar Alfian tampil berikan respon untuk mempertahankan bahawa individu dalam video tersebut bukanlah dirinya tetapi seorang lelaki latin yang juga memiliki tatu di dadanya.
Dalam pada itu, Ammar juga turut rasa kesal dengan fitnah yang menimpa pada dirinya ini.
“Isteri sendiri percaya fake news, tak boleh jumpa anak sendiri”
Amat menyedihkan baginya apabila isteri sendiri percaya berita palsu itu sehinggakan dia tak dapat berjumpa dengan anaknya sendiri.
Dalam pada itu, menerusi Instastory Ammar Alfian juga, dia bengang dengan pihak yang tak bertanggungjawab yang mendakwa individu tersebut dikatakan dirinya tanpa asal usul periksa.
Kau akan kena dengan aku
Malah, Ammar juga menjelaskan yang dakwaan dia gagal dihubungi oleh pihak tersebut tidak benar sama sekali.