in

“Isteri buat-buat batuk bagi hint jawapan” – Charels Ingram : Menang 1 Juta “Who Wants To Be A Millionaire” Guna Helah

Jawapn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengimbau zaman kita kecil-kecil dulu mesti korang ingat ada satu program yang dinamakan  Who Wants To Be A Millionaire  kan? Rancangan yang dihoskan oleh Dato’ Jalaluddin Hassan sekitar tahun 2000.


Rancangan ini akan menawarkan wang tuani sebanyak RM 1 juta kepada peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan susah.

Rancangan yang asalnya dari negara British ini ada macam-macam versi dari negara lain di seluruh dunia, rasanya ramai yang pasti dah tahu betapa susahnya nak dapat jawab soalan itu dengan betul.

 

Charles Ingram

Charles Ingram Pemenang Who Wants To Be A Millionaire Dengan Menipu 483

Pesertanya pun bukan calang-calang orang, peguam, doktor dan ramai lagi orang-orang yang ‘tinggi’ gagal menjawab semua soalan ini kecuali salah seorang peserta dari United Kingdom yang bernama Charles Ingram.

Ia pernah menjadi satu kontorversi sebelum ini apabila peserta untuk rancangan versi UK ini telah berjawab menjawab semua soalan dengan betul, tetapi dia menang dengan cara menipu.

Dia merupakan bekas Tentera Darat British, dia menjadi peserta program itu dan berjaya jawab menerusi helah yang dibantu oleh isterinya, Diana Ingram dan seorang lagi peserta, Tecwen Whittock, seorang pensyarah.

Charles Ingram Pemenang Who Wants To Be A Millionaire Dengan Menipu 6

Modus operandi

Charles Ingram Pemenang Who Wants To Be A Millionaire Dengan Menipu 4

Charles akan membaca kesemua soalan dan jawapan, apabila sampai ke tempat jawapan tang betul, isterinya yang duduk di bahagian penonton akan buat-buat batuk. Misalnya, apabila jawapan itu C, di akan batuk disitu dan apabila suaminya baca dekat jawapan A dia tidak akan batuk sewaktu Charles baca di A sebelum sambung baca yang lain.

Menurut, Illuminasi, sebelum penampilan Charles, isterinya Diana dan adiknya Adrian Pollock pernah jadi perserta tapi kalah, namun berjaya membawa pulang wang tunai 32,000 sterling pound.

Berbalik kepada cerita Charles, semasa dalam acara saringan, Charles tidak menipu langsung, ketika dia berjaya mara ke peringkat seterusnya ramai menjangka pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Ijazah Sarjana Muda Pengurus Korporat ini ada peluang dapat menang ‘wang besar’ tapi tak ada lah sampai nak menang.

Pada soalan 1 sampai 5, dia memang tak ada masalah dan boleh jawab dengan betul, tapi bila dah masuk soalan ke 7, dia dah mula ‘goyang’ sebab pada masa itu dia dah gunakan 2 talian hayatnya, masa ini wang tunai itu bernilai £4,000.

Charles Ingram Pemenang Who Wants To Be A Millionaire Dengan Menipu 5

Memandangkan waktu rancangan itu terbatas, ‘perjuangan’ Charles dibawa ke episod seterusnya dan pada waktu inilah dia dah mula pakai helah.

Soalan ke 8, bila Charles tak tahu nak jawab, dia akan maca semua jawapan A,B,C dan D. Masa dia baca C, ada bunyi batuk dari bahagian penonton. Waktu ni tiada siapa pun yang sedar sebab baru lagi.

Charles pun jawab soalan tersebut, helah itu makin dapat dikaburi pada awalnya apabila Charles dapat menjawab soalan yang ke-9 dengan betul dan yakin (tanpa sebarang bantuan).

Bagi petanda

Orang selalu kata, kalau seseorang itu mmenipu dia pasti berikan satu reaksi yang mencurigakan dan ya! Sudah semestinya ia berlaku kepada Charles.

Ada satu soalan tu (soalan yang ke-10), Charles mendedahkan dia tidak kenal siapa Craig David ketika sedang membaca senarai jawapan itu.

Dalam masa yang sama kamera sedang menghalakan ke arah isterinya yang sedang menonton, apabila diperhatikan, isterinya macam tak tenteram.

Charles Ingram Pemenang Who Wants To Be A Millionaire Dengan Menipu 9

Menurut sumber, Charles masih ragu-ragu untuk menjawab soalan itu kerana tiada bunyi batuk daripada isterinya semasa membaca dua jawapan, iaitu C(A1) dan D(Craig David) lepas dia dah gunakan talian hayat 50-50.

Charles mengambil sedikit masa dan tiba-tiba kedengaran bunyi batuk apabila Charles berlakon yang dia dapat rasakan jawapannya adalah C, namun, pada waktu itu Charles nak dapatkan kepastian, dia baca sekali lagi pilihan jawapan dan isterinya batuk buat kali kedua ketika sampai ke jawapan D.

Pihak produksi dah mula ‘hidu’

Dia yang gelisah tiba-tiba jadi yakin dan memberikan jawapan itu. Agenda itu terus dilakukan ke soalan seterusnya sampai lah pengacara dah mula memerli Charles kerana pengacara itu dah mula syak sesuatu.

Apabila sampai ke tahap ini, orang dah mula rasa curiga, sebab dia selalu meneka jawapan yang salah tapi kunci jawapan betul selepas dengar bunyi batuk.

Sampai ke soalan yang bernilai £1 juta, helah itu makin ketara apabila dia guna kaedah lain ketika baca jawapan. Soalannya adalah :

“Satu nombor yang diikuti dengan seratus digit 0 dikenali sebagai apa?”

A. Googol

B. Megatron

C. Gigabit

D. Nanomole

Seperti biasa Charles sering teka jawapan yang salah katanya mungkin D dan mungkin C, kemudian dia berkata:

Saya rasa bukan B, dan saya tak pernah dengar jawapan A”

Tepat-tepat Charles sebut ayat Googol tu, terus bunyi batuk! Charles terlalu menampakkan yang dia tak tahu apa-apa selepas menegaskan yang dia tak tahu apa itu Googol, isterinya pula dilihat agak berang.

Ya lah, nak emphasize yang dia tak tahu tapi pilih jawapan tu. Biasanya orang akan yakin kalau nak bagi satu jawapan kan? Saat ini, kedengaran lagi bunyi batuk, dan ia sangat ketara telah mencetuskan keraguan.

Bayaran di tangguhkan sebab ada penipuan

Sudah semestinya mereka menang £1 juta itu, tetapai syarikat produksi menggantungkan pembayaran sebab mereka syak berlaku penipuan.

Bagi pihak proiduksi mereka syak berlaku penipuan adalah tingkah laku Charles yang pelik pilih jawapan yang dia tak yakin dan tak tahu. Polis dan penyiasat yang membantu kes ini yakin bahawa mereka gunakan helah batuk itu.

Chales, Diana dan Tecwen di dakwa di mahkamah, menurut The Sun, ketika dibicarakan, isterinya mendakwa bahawa dia ada batuk-batuk, namun mereka dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan bergantung (diberikan masa berkelakuan baik di bawah pengawasan).

Tengok video ni..

Atas kelakuan baik mereka tempoh hukuman diberikan sebanyak 4 dan 5 bulan. Mereka berdua diisytihar muflis kerana reputasi mereka.

 

Baca : Kisah TS Harussani Zakaria, Mufti Yang Hapuskan Amalan ‘Tabal Jin’ & Mencabar Jin di Istana Perak

Ts

 

Sumber: Illuminasi
Sumber: Illuminasi
Sumber: lluminasi
Sumber: Illuminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.