in

“Ipohflix?” – Datuk Bandar Ipoh Umum Bakal Bangunkan Aplikasi Penstriman Seperti Netflix

syaz ft 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bandaraya Ipoh akan mendapat laman penstriman yang akan menayangkan filem serta siri seperti Netflix.

Menurut laporan Ipoh Echo, Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin, berkata idea ini akan direalisasikan melalui kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan sebuah syarikat di bawah arahan pembikin filem terkenal Datuk Afdlin Shauki.


Artikel berkaitan: Kisah Sebenar Kumpulan Gangster ‘Peaky Blinders’ Yang Jadi Fenomena Di Netflix

Artikel berkaitan:  Atasi Kopi Luwak & Dalgona, Ipoh White Coffee Antara 15 Kopi Terbaik Dunia!

Beliau juga berkata, cadangan serta konsep aplikasi itu berkemungkinan akan dilaksanakan mulai tahun ini.

IMG 20240425 WA0025

“Kami menyasarkan untuk melonjak industri kreatif  di Ipoh sebagai sumber pendapatan ekonomi baharu; pada pandangan saya, saya mahu mencipta sesuatu seperti Netflix.

Ia akan menjadi format TV digital kerana ini adalah masa depan untuk industri, dan kami bekerjasama dengan syarikat Afdlin Shauki

Ipoh sebelum ini diiktiraf sebagai Bandar Muzik Kreatif UNESCO (UCCN); akan ada tujuh bahagian dalam permohonan itu termasuk satu bahagian untuk jualan barangan,” katanya.

Perkara itu diberitahu semasa mereka membincangkan pandangan daripada kunjungan hormat dan ceramah industri digital oleh Afdlin Shauki di MBI.

Dalam pada itu, aplikasi berkenaan difhamkan akan menggunakan pendekatan yang serupa dengan perkhidmatan penstriman lain dan caj akan berdasarkan jenis kandungan yang ditonton.

Sumber: Ipoh Echo

Sumber: Ipoh Echo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.