Ini Rupanya Kisah Sebenar Di Sebalik Poster Legendary “We Can Do It!”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak korang tengok poster seorang wanita memakai bandana polka dot dan menyinsing lengan baju sehingga menampakkan tangannya yang sasa, sambil tertera slogan ‘We Can Do It!’?

Sempena meraikan Hari Wanita Sedunia 8 Mac lepas, jom kita telusuri kisah di sebalik poster ikonik yang diangkat sebagai simbol semangat juang wanita ni.

 

Rosie, Legenda Perang Dunia Kedua

1941, Pangkalan Pearl Harbour diserang Jepun.

Terus permintaan terhadap keperluan-keperluas asas military meningkat sehingga kilang-kilang pembuatan terpaksa ditukar kepada kilang pengeluaran senjata.

Kebanyakan kaum lelaki pula terpaksa meninggalkan pekerjaan masing-masing untuk berjuang di medan perang.

Maka, untuk menampung keperluan mendesak tenaga buruh industri pertahanan — golongan wanita dipanggil berkhidmat kepada negara, bagi memenuhi tuntutan pengeluaran senjata, pesawat dan kereta kebal.

Pada waktu-waktu inilah munculnya Rosie the Riveter, sebagai watak fiksyen dalam kempen propaganda Perang Dunia Kedua.

Rosie the Riveter — digambarkan sebagai seorang wanita patriotik yang sedia berkhidmat demi negara — memainkan peranannya terhadap kumpulan wanita konservatif dan tradisional yang takut-takut nak menyahut seruan kerajaan.

Propaganda tersebut nyata mendatangkan hasil — Rosie the Riveter, disebut sebagai antara recruitment tool yang paling berjaya dalam sejarah Amerika Syarikat.

Mengikut rekod, dianggarkan enam juta wanita masuk ke sektor tenaga buruh ketika itu dan separuh daripadanya terdiri daripada golongan suri rumah yang tidak pernah bekerja pun sebelum ni.

 

Dari Alat Propaganda, Kepada Ikon Feminist Dunia

Rosie the Riveter wujud buat pertama kalinya pada 1942 menerusi lagu yang ditulis Redd Evans dan John Jacob Loeb.

Ia kemudian menjadi lebih popular menerusi versi yang direkodkan oleh The Four Vagabonds.

Dalam liriknya, Rosie digambarkan sebagai ‘wanita barisan hadapan yang berjuang untuk kemenangan.’

Kemudian pada Mei 1943, daripada hanya siulan lagu — Rosie dijelmakan pula dalam bentuk imej seorang wanita sasa duduk berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat, sambil kakinya memijak buku manifesto Adolf Hitler ‘Mein Kampf’ — di muka hadapan The Saturday Evening Post.

Versi yang dihasilkan oleh illustrator Norman Rockwell ni mungkin lebih famous pada zaman tu.

Namun kita lebih familiar dengan Rosie the Riveter versi J. Howard Miller — yang diangkat menjadi ikon budaya feminist, dan simbol kekuatan ekonomi yang digerakkan oleh golongan wanita di Amerika Syarikat.

Ya, wajah seorang wanita cantik memakai bandana polka dot di kepala, dan menyinsing lengan baju sambil berkata ‘We Can Do It!’ ini — menjadi versi yang lebih sinonim dan paling sering kita kaitkan sebagai karakter legenda ini, walaupun Miller sendiri tak pernah menamakan posternya sebagai Rosie the Riveter.

Kisah poster Miller ni katanya, dibuat ketika beliau diupah oleh Westinghouse Electric Company  bagi menghasilkan beberapa siri poster untuk meningkatkan motivasi buruh-buruh ketika era perang yang sedang teruk dikerah.

Waktu tu, pekerja dilihat ada kecenderungan untuk resist dan buat union sendiri bagi menuntut gaji setimpal dan persekitaran kerja yang lebih baik.

So nak mengelakkan daripada semua tu terjadi oleh syarikat-syarikat yang memanfaatkan sentimen pro-perang time tu, maka depa pun upah la orang buat poster bagi menaikkan semangat pekerja.

Poster Miller ni pun, dipamerkan kejap je sebelum diganti dengan poster-poster lain.

Sampai laaaa ke tahun 80an rasanya, ia kembali menjadi famous balik dan digunakan dalam kempen-kempen politik dan dunia pengiklanan.

Walau apapun kisahnya selepas itu, semangat Rosie terus dibawa merentasi zaman seiring dengan perkembangan masa.

Daripada menjadi menjadi ‘penggerak’ yang memotivasi wanita-wanita untuk berani keluar bekerja di kilang-kilang senjata bagi memenuhi keperluan perang, ia kini menjadi inspirasi kepada wanita moden agar tidak tunduk kepada stigma negatif masyarakat terhadap wanita bekerjaya.

So, majulah wanita untuk negara!

 

Baca: “Dia sekarang MUA first class” – Disebalik Gambar Memes Yang Mengeji, Wanita Cantik Ini Rupanya Ada Background Kehidupan Yang Sedih

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.