in

“Ibarat peluang kedua” – Lepas Lebih Sebulan Bertarung Nyawa, Abang Arwah Siti Sarah Sembuh Dari Covid-19

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, beberapa hari selepas arwah Siti Sarah dan keluarganya positif wabak Covid-19, abangnya Ahmad Firdous dan isteri Linda Omar juga turut dijangkiti wabak ini.


Kerana keadaan paru-parunya yang teruk dan paras oksigennya menurun, Firdous terpaksa ditidurkan sebelum kembali sedarkan diri 24 jam kemudiannya.

Namun, selepas lebih sebulan bertarung nyawa di hospital selepas dijangkiti Covid-19 kategori lima, lelaki ini sudah pun kembali pulih dan dibenarkan untuk pulang ke pangkuan keluarganya.

Menerusi perkongsian di Facebook, abang sulung Allahyarham Siti Sarah telah memanjatkan kesyukuran kerana akhirnya dapat pulang ke rumah.

“ALLAH MAHA BESAR”

Salam semua. ALLAH MAHA BESAR.❤️mengira masa utk keluar dari hospital Pantai hari Ini. Dgn izin Allah saya…

Posted by Ahmad Firdous Raissuddin on Monday, September 13, 2021

Firdous juga turut kongsikan yang dirinya kini sudah pun berada di rumah serta turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa kepadanya serta doktor dan jururawat di Hospital Serdang yang telah merawatnya.

Salam selamat petangALLAH MAHA BESARSYUKUR.ALHAMDULILLAH SYUKUR OKSIGEN DAH OFF❤️.ROAD TO BACK HOME 2 DAYS MORE. ❤️#LAWANCOVID19#alhamdulillahforeverything#lovemyfamily#tqdoakansaya#sikitlagibalik

Posted by Ahmad Firdous Raissuddin on Saturday, September 11, 2021

Bagai diberi peluang kedua

Di ruangan komennya, kebanyakan netizen meluahkan rasa syukur dan menganggap kesembuhan Firdous ini ibarat diberikan peluang kedua oleh Allah.

Screenshot 2021 09 14 At 12.12.44 Pm

“Lepas ni ambil vaksin”

Selain itu, ada juga netizen yang meminta agar Firdous mengambil kesempatan ini untuk ambil vaksin serta sebarkan kesedaran berkaitan Covid-19 dan vaksin ini.

Screenshot 2021 09 14 At 12.23.50 Pm Down

Alhamdulillah, semoga urusan keluarga Firdous dipermudahkan…

 

Baca: Sempat Tatap Wajah Ketika Nazak, Air Mata Siti Sarah Mengalir Masa Shuib Buat Panggilan Video Terakhir

Screenshot 2021 09 14 At 12.29.12 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.