in

“Huuuu yaleee” – Netizen Berdekah Tengok Cara Idayu Ajuk Noraniza Idris Jika Nyanyi Lagu ‘My All’

Idayu4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Best impression, itu yang keluar daripada netizen apabila melihat bakat Idayu dalam melakukan aksi meniru suara penyanyi lain.


 

“Huuu yale~~~”

Keratan video itu diambi daripada sebuah program yang bertajuk Kata Serasi daripada siaran NTV 7 sekitar 2 tahun lepas. Idayu pada waktu itu dipanggil menjadi tetamu undangan.

Dalam program itu Idayu diberi tugasan untuk meniru suara artis sambil menyanyikan lagu lain, ketika membuat cabutan, Idayu mendapat penyanyi Noraniza Idris dan lagu yang perlu dinyanyikan adalah My All daripada Mariah Carey.

Mesti pelik kan macam mana bunyinya bila lagu My All dinyanyikan dalam irama Malaysia? Kalau nak tahu macam mana bunyinya, tengok video TikTok kat bawah ni.

Video ini dah lama tapi kembali viral selepas dikongsikan semula di TikTok dan ramai netizen terhibur bila melihatnya.

 

Best gak version ni – Netizen

Image From Ios 1 5 Image From Ios 2 4 Image From Ios 3 2

 

Respon Noraniza Idris

Memandangkan perkongsian ini kembali viral, ramai yang tag Noraniza Idris atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani di Instagram dan dilihat Kak Ani begitu terbuka dengan gayanya itu.

Image From Ios 4 2 Image From Ios 5 2

Untuk rekod, sebelum ini Idayu pernah menarik perhatian warganet apabila dia mengajuk suara-suara artis Malaysia seperti Allahyarham Sudirman, Dayang Nurfaizah dan lain-lain.

 

Baca : “Dah 2020 masih lagu lembik ke?” – Netizen TAK Boleh Terima Bila Idayu Kata Lagu Rasmi Tahun Melawat Malaysia Sebelum Ini ‘Lembik’?

Idayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.