in

“Hormat lah sikit agama lain” – Patung Tokong Sarawak Dilempar Lampin Yang Penuh Najis

Tokong5

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, namun itu bukan bermakna kita boleh sesuka hati melakukan sesuatu yang boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Walaupun belum ada maklumat berkenaan dengan punca sebenar kejadian ini, kami percaya sebagai rakyat yang prihatin dan saling menghormati antara satu sama lain, pasti anda juga akan rasa marah bila melihat pos yang dikongsikan di Facebook Page Info Sibu ini.

 

Patung tokong dicampak pampers

Dimaklumkan, kejadian ini berlaku di sebuah tokong di Sarawak, patung tokong itu dilempar dengan lampin pakai buang yang dipenuhi dengan najis.

Walaubagaimanapun punca kejadian masih lagi dalam siasatan, namun ia telah mengundang kemarahan warganet kepada insan yang tak bertanggungjawab itu kerana tidak menjaga sensitiviti agama dan tak hormat agama orang lain.

Lihat gambar ni pun boleh buat rasa marah.

79082500 2559453137675020 822547019561172992 O 1 79443852 2559452927675041 5798351049559375872 O 1 79450408 2559453001008367 492984360643854336 O 1 79585596 2559452871008380 1036257196276449280 O 1 79941160 2559452724341728 7838993516305842176 O 1 80441017 2559453071008360 6015421634456846336 O 1

Walaupun punca utama masih dalam siasatan, ramai yang beranggapan bahawa ia sengaja dilakukan untuk membangkitkan perang perkauman, namun ada juga yang mendakwa bahawa pelaku itu dibawah pengaruh dadah.

Walaubagaimanapun, ramai netizen yang bengang dan terkilan bila melihat post yang meraih lebih 300 perkongsian sepanjang 10 jam ia dimuat naik.

 

Nilah punca perkauman – Netizen

Tokong Tokong2 Tokong3 Tokong4

Dah nak masuk tahun 2020 ni, buang lah sentimen perkauman tu. Harap pelaku dapat dijumpai dan dikenakan dengan tindakan yang setimpal!

 

Baca : [Video] “Melampau betul!” – Wanita ‘Kurang Ajar’, Berani Bawa Masuk Anjing Dalam Masjid

Anjingmasjid