in

“Honeymoon dalam lokap” – [VIDEO] Pengantin Baru & Tetamu Kena Tangkap Polis, Degil Buat Majlis Waktu ‘Lockdown’

Pengantin Lockdown

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana keputusan ‘berani’ untuk mengingkari arahan kerajaan dan pihak berkuasa, pasangan pengantin baru terpaksa bermalam dalam lokap pada malam pertama.


Melalui sebuah video di Twitter, pasangan pengantin baru dari Nseleni yang terletak di utara KwaZulu-Natal, Afrika Selatan dilihat telah ditahan pihak berkuasa tempatan. Mereka dilaporkan melanggar arahan ‘lockdown’ kerana pandemik Covid-19 di negara itu dan tetap meneruskan majlis perkahwinan dengan kehadiran ramai tetamu, lapor BBC.

Pengantin1

Pengantin2

Video viral tersebut menunjukkan pengantin lelaki membantu isterinya yang memakai gaun berwarna putih untuk masuk ke dalam van polis. Difahamkan, pihak polis telah mendapat maklumat daripada seseorang bahawa majlis perkahwinan sedang berlangsung pada Ahad lepas.

Kesemua 50 orang tetamu, paderi yang mengendalikan majlis tersebut serta pasangan pengantin baru tersebut telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Menurut laporan, mereka semua akan didakwa di mahkamah pada Isnin depan.

Tonton video di bawah:

Afrika Selatan setakat ini mencatatkan 1,655 kes Covid-19 dengan 11 kematian dan sudah melaksanakan perintah ‘lockdown’ sejak dua minggu lepas.

‘Lockdown’ di negara itu dikatakan antara yang paling ketat di dunia dan rakyat juga telah dilarang daripada membeli rokok serta alkohol.

Bagus individu yang laporkan tu! Degil sangat kan dorang ni haaa…

Baca: “Amboi! Kenduri kat mana time PKP ni ?” – Bagi Alasan Tak Logik, 22 Individu Ditahan Sebab Ingkar Arahan PKP

Combine Kenduri

Sumber: BBC
Sumber: DispatchLIVE

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.