Pelakon muda Indonesia baru-baru ini mendapat perhatian di Twitter selepas dia mendedahkan tabiatnya yang boleh dikatakan agak luar biasa bagi seorang wanita dewasa.
Menerusi Twitter, Anya Geraldine, 24, menunjukkan gambarnya sedang berbaring sambil menghisap botol susu. Menurut Harian Metro, Anya sendiri turut mengakui masih mempunyai tabiat meminum susu dari botol.
malam mingguu ku ?? pic.twitter.com/lftC62R3ZW
— Anya Geraldine (@Anyaselalubenar) June 27, 2020
Kata Anya, suatu ketika dahulu dia pernah berhenti menghisap susu dari botol namun gagal membuang tabiat itu dan kembali melakukannya apabila meningkat dewasa.
Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej.”
Selepas tinggal sendirian, saya teruskan tabiat itu, tapi kalau ibu bapa datang sini, pasti dibuang lagi. Jadi saya kena beli selalu. Tak tahu kenapa, padahal umur sudah 24 tahun.”
Baca: “Lisa BLACKPINK & Tzuyu Twice pun kalah” – Son Ye Jin Dinobatkan Wanita Paling Cantik Di Dunia!