“Hebat gila mokcik!” – Tiba-tiba Tedung Selar Datang ‘Menjenguk’, Tapi Selamba Je Makcik Lawan!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang kalau tengah duduk rumah tak buat apa tiba-tiba ada cik ular datang mengunjung apa agaknya reaksi korang? Memang tak cukup tanah berlari, betul tak? Kalau admin memang macam tula, takut wehhh ular!

Tapi, lain pula terjadi dekat seorang makcik yang viral di Facebook sejak semalam ni. Menurut posting, makcik ni yang duduk di kawasan kampung telah ‘dikunjungi’, bukan ular biasa biasa tapi tedung selar tau!

Sumber: Facebook

Posting yang asalnya daripada anak makcik tu sendiri jadi tular dan dikongsi banyak Facebook pages berserta dengan gambar-gambar makcik dan tedung selar tu.

Difahamkan, makcik itu menggunakan besi loading sawit ketika berdepan dengan ular berwarna kekuningan tu. Katanya, memang tedung dah kembang kepala dah waktu nampak makcik tu.

“Allahu mak.. Balik tadi mak cerita ulaq dok melawan dengan mak kembang kepala. Mak pakai besi loading sawit pendek tu. Syukur Allah lindungi mak. Katanya kalau biaq bahaya, mak bunuh la. Mak baca doa dulu, takut tapi kena berani.”

Sumber: Facebook

Memang dalam gambar nampak steady je makcik hanya berkain batik sambil angkat ular yang dah mati kena cucuk di bahagian bawah kepala. Ramai netizen terkesima dan salute dengan makcik sebab berani berdepan ular bahaya macam tu tanpa menggunakan apa apa sebagai ‘shield‘.

Sumber: Facebook

Ada yang komen mengingatkan makcik tu untuk letak racun di sekitar kawasan semak tu sebab risau nanti ‘kaum kerabat’ ular yang mati datang mencari dan menjenguk pula.

“Tengok pun seram aih.. Hebat la makcik. Kalau saya tak cukup tanah ni lari.”

“Ulaq ni kalau kita lari dia kejaq, kalau dia berdiri, satu inci ekoq kat tanah, pagut kat kepala. Jangan dok main main dengan dia ni. Nasib baik baca doa, badi dia ni kuat kalau kita bunuh.”

“Jaga-jaga acik.. Kang datang keluarga dia. Elok racun kawasan tu bagi clear.”

“Tedung selar ni…bukan cakap perempuan, aku ni laki pun kalau terjumpa mau nak terkeluar jantung. Memang selalu berdoa tak jmpa ular ni. Bahaya, kejar orang ular ni.”

Tengok gambar ular tu dah mati pun admin dah meremang satu badan. Macam mana makcik tu dapat keberanian untuk lawan, salute gila!

Baca: ‘Salute’ Dengan Remaja Wanita 15 Tahun Ini Kerana Berani Rempuh Peragut Yang Curi Handphone Dia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!