in

“Harap tidak ada golongan membela jadikan alasan pelaku adalah gila” – [Video] Lelaki Bawa Basikal Sambil Ikat Leher & Seret Kucing

Kucing2

Lagi kes orang dera haiwan, terkini seorang lelaki dilihat mengheret kucing ketika sedang berbasikal. Menerusi laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian dalam rakaman ini terjadi di jeti Sungai Udang.

Video tersebut dimuat naik pagi tadi dan telah meraih hampir 900 jumlah perkongsian sepanjang tempoh 3 jam ia ditayangkan di Facebook.

Diharapkan tidak ada golongan membela keganasan haiwan dengan menjadikan alasan pelaku adalah gila.”

Berikutan tular video ini, ramai yang bengang kerana biarpun Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah ditetapkan, ia seolah-olah tidak memberi apa-apa impak terhadap pengganas haiwan di negara ini.

Malah pihak Animal Malaysia juga berharap tidak ada golongan yang membela tindakan kejam pelaku dengan memberikan alasan pelaku seorang yang tidak waras.

Kejam Kejam2 Kejam3

Biar pihak berkuasa sahaja yang menentukan dan mengesahkan status mental pelaku. Dalam video berdurasi 17 saat itu, lelaki tersebut kelihatan sedang berbasikal dan kucing itu kelihatan tak bergerak.

Walaupun kurang pasti sama ada kucing itu masih hidup atau tidak, perbuatan kejam itu sama sekali tidak dapat diterima.

Menerusi rakaman yang sama, dilihat lelaki tersebut berhenti di kedai bengkel motor namun kelibat kucing tersebut tiada.

Korang boleh tengok disini untuk lihat video penuh.

Sebelum ini ada kes seorang pelaku telah lemaskan 3 ekor kucing ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi, ramai yang kata lelaki tersebut tidak waras.

Malah viral juga video dimana ada individu kucing bakar anak kucing hidup-hidup.

 

Baca : “Kenapa kejam sangat…” – Lagi Kes Bunuh Kucing Dalam Mesin Basuh Dobi

Kucing 1

 

.