in

“Harap dia gunakan peluang ini sebaik mungkin” – Adira Tak Jadi Cerai

Ad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini penyanyi, Adira telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.


Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur menetapkan 17 Disember ini sebagai hari sebutan kes bagi permohonan berkenaan.

Bagaimanapun, Adira hari ini memutuskan untuk menarik balik permohonan cerai yang difailnya pada 1 April lalu, memetik laporan Harian Metro.

Mv Adira 1 630X397
Sumber: facebook

Bagaimanapun katanya keputusan itu dibuat selepas berfikir panjang mengenai masa depan perkahwinannya dan melakukannya demi anak-anak tanpa mementingkan diri sendiri.

“Saya tak letakkan apa-apa syarat. Cuma, selagi saya boleh bersabar, saya akan bersabar. Namun, sabar manusia ada hadnya dan harapnya, dia tidak melangkaui had itu.

“Saya buat keputusan ini kerana saya dah berfikir panjang dan paling penting, adalah anak-anak. Apa yang saya belajar, kita sebagai manusia tak boleh membuat keputusan secara terburu-buru dan pentingkan diri kita sahaja.

“Saya harap, semua dapat doakan yang baik untuk suami dan anak-anak saya,” katanya.

Adira dan Datuk Red bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun.

Baca: “Kami baru lakukan hubungan intim” – Datuk Red Tak Tahu Adira Sudah Failkan Penceraian Di Mahkamah

Screen Shot 2019 11 23 At 4.23.41 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.