“Haneesya Hanee bukan yang pertama”- Ini Kisah 6 Ratu Cantik Yang Dipaksa Pulangkan Mahkota Kejuaraan, Ramai Tak Tahu.

Baru-baru ni kecoh pasal cerita Haneesya Hanee yang hanya memegang gelaran sebagai Dewi Remaja 2018/2019 selama 72 jam sebelum ditarik balik berikutan melanggar terma perjanjian yang ditetapkan pihak penganjur selepas meletup dengan video viral minum arak dan berparti di sebuah kelab malam.

Rupanya, ramai yang tak tahu bahawa selain Haneesya, ada 6 lagi Ratu Cantik di seluruh dunia termasuk Malaysia yang mengalami nasib yang serupa.

Malah level dorang ni bukan standard Dewi Remaja guys, ni siap peringkat Miss Universe lagi.

Jom kita tengok senarai 6 Ratu Cantik yang dipaksa memulangkan Mahkota mereka.

1. Veronika Didusenko : Miss Ukraine 2018

Memiliki tubuh badan yang perfect, senyuman colgate, personaliti menarik sudah cukup untuk meletakkan Veronika sebagai Miss Ukraine 2018.

Malangnya pihak penganjur terpaksa melucutkan gelaran tersebut selepas wanita itu didapati mempunyai seorang anak daripada perkahwinannya sebelum ini..tak boleh ada anak ke?

Ini kerana pihak penganjur mendapati Veronika berbohong tentang statusnya sewaktu mengisi borang permohonan pertandingan.

Ratu Cantik tersebut rupanya memang betul mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun (pada ketika itu).

Kalau nak tau, pihak penganjur pertandingan Miss Ukraine melarang ibu atau wanita yang telah berkahwin daripada menyertai pertandingan tersebut..ooo macam tu rupanya.

2. Shwe Eain Si : Miss Grand Myanmar 2017

Berbeza dengan kisah Veronica, Ratu Cantik Myanmar ni ditarik balik gelaran yang disandangnya selepas dia mengatakan bahawa Muslim Rohingya jadi mangsa keganasan dan kekejaman yang berlaku di Wilayah Rakhine, Myanmar..aikk bukan betul ke?

Nak dijadikan cerita, Shwe ni rupanya ada muat naik video di facebooknya mengatakan bahawa Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (ARSA) merupakan satu gerakan pelampau islam.

Shwe berkata dia hanya menggunakan popularitinya sebagai Ratu Cantik untuk menyuarakan kebenaran, namun sebaliknya berlaku bila pihak penganjur Miss Grand International menetapkan bahawa Shwe ‘tidak menunjukkan contoh yang baik’ sebelum menarik balik gelaran tersebut daripada Shwe kerana dikatakan bercanggah daripada kontrak pertandingan.

3. Tatiana Kumar Nandha : Miss Malaysia World 2016/2017

Haa rupanya dalam Malaysia sendiri juga pernah berlaku kejadian macam Dewi Remaja ni apabila gelaran Ratu Cantik Miss Malaysia World 2016/2017 yang dimenangi Tatiana Kumar Nandha ditarik balik lepas dia didapati melanggar etika dan kontrak pertandingan.

Menurut pengarah pertandingan tersebut, gelaran Miss Malaysia World 2016/2017 terpaksa ditarik balik daripada Tatiana kerana didapati wanita itu dan keluarganya telah memberikan komen kurang menyenangkan terhadap penganjur di media sosial.

4. Christina Mikkelsen : Miss Universe Denmark 2016

Kisah Mikkelsen dilucutkan gelaran Miss Universe Denmark boleh dikatakan paling menarik antara senarai Ratu Cantik yang lain.

Mahkota tersebut ditarik balik daripada Mikkelsen selepas dia didapati terlibat dalam siasatan jenayah melibatkan bekas teman lelakinya yang juga anak kepada seorang diktator di Afrika, Teodorin Obiang yang didakwa memiliki kapal layar bernilai 100 Juta Dolar hasil penggubahan wang haram..woah! ni betul-betul rare nih.

Selain itu Mikkelsen juga didapati menuduh Pengarah Kebangsaan Pertubuhan, Paul Hamilton menghantar mesej berbaur lucah kepadanya selain meminta dia berkongsi gambar peribadi.

5. Amanda Longacre : Miss Universe Delaware

Kes Amanda ni pulak sebab pihak penganjur dapati dia dah melebihi had umur yang ditetapkan undang-undang Ratu Cantik Amerika Syarikat.

Kalau korang nak tau undang-undang Ratu Cantik di Amerika Syarikat dah tetapkan yang peserta ratu cantik perlulah berumur antara 17-24 tahun sehingga tarikh 31 Disember, malangnya Amanda berusia 25 tahun apabila memasuki Oktober..tak la tua sangat pun..

So dengan itu Brittany Lewis, 24 dimahkotakan sebagai Miss Universe Delaware selepas kejuaraan Amanda ditarik balik.

6. May Myat Noe : Miss Asia Pacific World 2014

May dinobatkan sebagai Miss Asia Pacific World 2014 dan telah dimahkotakan di Seoul, Korea Selatan, namun gelaran tu ditarik balik daripada May selepas pihak penganjur dapati dia bersikap tidak jujur.

Nak tau kenapa?

Ketika ditemuramah wartawan, May mengaku yang dia dipaksa untuk berbohong soal usianya selain mengatakan yang pihak penganjur memintanya untuk melakukan plastic surgery.

Part paling best bila May menolak dakwaan dia membawa lari mahkota kejuaraannya sebaliknya berkata dia dah naik flight menuju ke Myanmar dan dia tak tahu pun yang mahkota kejuaraan ditarik balik dari dia..apesal tak jual awal-awal hahaha.

Baca : Yang lain pun buat jugak tapi kerana dia juara Tersingkat Dalam Sejarah, Haneesya Hanee Ditarik Gelaran Dewi Remaja Lepas 72 Jam

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.