“Girl power!” – Ini Senarai 10 Wanita Paling Berpengaruh Di Malaysia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Wanita yang cantik itu bukan hanya dipandang dari segi rupa, tetapi juga keperibadian dan kejayaan yang dicapai. Kata orang cantik itu subjektif, kalau dipadankan dengan ketokohan dan perwatakan yang baik pasti sudah sempurna. Korang mesti ada idola yang digemari kan? Tak kira dalam bidang politik, muzik, sukan mahupun perniagaan. So, mari kita kenal lagi dengan lebih rapat senarai 10 wanita paling berpengaruh dalam negara.

Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali  

Umur : 93 tahun

Merupakan isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sangat meminati seni muzik dan masih aktif bermain biola. Untuk pengetahuan korang, beliau baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 12 Julai yang lalu. Selamat Hari Lahir, Tun Dr. Siti Hasmah!

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Umur : 67 tahun

Beliau ialah wanita pertama yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri Malaysia. Juga seorang doktor perubatan yang pernah mendapat gold medal dalam bidang obstetrik dan ginekologi (O&G) daripada universitinya di Dublin, Ireland. Bukan senang tau korang nak dapat anugerah macam ni. Datuk Seri Wan Azizah dikenali dengan perjuangan reformasi menuntut keadilan untuk suaminya.

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Umur : 72 tahun

Seorang tokoh yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang ketujuh dan wanita pertama yang dilantik untuk jawatan tersebut (2000-2016). Kini, beliau merupakan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad. Salute!

Tan Sri Michelle Yeoh

Umur : 57 tahun

Pelakon terkenal yang pernah digandingkan dalam filem antarabangsa seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon dan lain-lain filem. Merangkul anugerah Miss Malaysia 1983 ketika berusia 20 tahun. Ini korang kena tahu yang bukan calang-calang artis kita kerana beliau pernah dipilih sebagai antara 50 wanita paling cantik di dunia pada 1997 oleh majalah People.

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin

Umur : 40 tahun

Siapa yang tak kenal penyanyi nombor satu Malaysia? Bukan itu saja, ibu kepada Siti Aafiyah ini juga telah menerima banyak anugerah dari dalam dan luar negara terutamanya dalam industri muzik. Memulakan kariernya dalam industri ini sejak berumur 16 tahun, Datuk Siti Nurhaliza tetap bergiat aktif dalam nyanyian sehingga kini selain menceburi dunia perniagaan. Korang dah dengar ke lagu nyanyian beliau yang tengah viral sekarang?

Noor Neelofa Mohd Noor

Umur : 30 tahun

Pernah diundang ke sidang kemuncak Forbes Under 30 yang diadakan di Boston, Amerika Syarikat (AS), pelakon, model, pengacara, duta dan jurucakap produk ini juga merupakan ikon fesyen dan ahli perniagaan yang berjaya. Beliau sangat bergaya dan berani mencuba.

Dr. Nur Amalina Che Bakri

Umur : 32 tahun

Beliau menjadi bualan masyarakat apabila suatu ketika pernah mendapat keputusan cemerlang 17 A1 dalam SPM. Hebat bukan? Nak tahu apa yang lagi hebat ialah Dr. Amalina merupakan pakar pelatih bedah di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England. Cantik dari segi luaran dan kepandaian,  beliau juga seorang yang penyayang apabila membantu dalam misi menyelamatkan adik Ainul Mardhiah yang menghidap penyakit “Germ Cell Tumour“.

Datin Vivy Sofinas Yusof

Umur : 32 tahun

Beliau merupakan pengasas bersama Fashion Valet dan the dUCk group. Beliau menerima pelbagai anugerah untuk usahawan muda dan yang terbaru dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UiTM. Seorang ikon fesyen yang pendek kata apa yang digayakan pasti menjadi ikutan dan apa yang dijual pasti sekejap je dah sold out.

Yunalis Mat Zara’ai

Umur : 33 tahun

Penyanyi bertaraf antarabangsa , penulis lirik, pemuzik dan komposer muda. Pernah berduet dengan Usher menerusi lagu Crush sehingga lagu tersebut menduduki tempat ketiga di carta Billboard Adult R&B di Amerika Syarikat (AS). Beliau turut berkolaborasi bersama artis luar seperti Pharell Williams dan Jhene Aiko.

Datuk Nicol Ann David

Umur : 35 tahun

Kalau yang meminati dunia sukan, nama Nicol Ann David pasti tidak asing lagi kerana beliau merupakan ratu skuasy negara. Dan bukan itu sahaja, beliau adalah wanita Asia pertama menjadi pemain nombor satu dunia dalam bidang tersebut.

Rasa kagum dan respect dengan kejayaan tokoh-tokoh di atas. Tak mudah nak capai tau korang, kena ada usaha. Jangan mudah mengalah, mana tahu nanti nama korang pulak yang tersenarai di sini. 

Baca: 9 Usahawan OKU Ini Boleh Dijadikan Inspirasi Dan Sifu Dalam Dunia Perniagaan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.