Giovanni Maria Versace : Kisah Pembunuhan Pengasas Versace Di Tangan ‘Sociopath’ Homoseksual Yang Gilakan Publisiti.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa yang tak kenal figura terkenal Giovanni Maria Versace, seorang pereka fesyen dari Itali dan merupakan pengasas jenama terkenal dunia iaitu Versace.

Dia yang lahir pada 2 Disember 1946 mempunyai syarikat yang cukup ‘berpengaruh’ dalam industri fesyen antarabangsa yang bukan sahaja dalam pakaian, namun aksesori, minyak wangi, alat solek, beg tangan malah perabot rumah.

Gianni Versace mempunyai personaliti yang cukup mesra serta mempunyai rakan kenalan ternama seperti mendiang Puteri Diana, Madonna, Elton John, Naomi Campbell dan ramai lagi.

Permulaan plot pembunuhan Gianni Versace

Kisahnya bermula selepas beberapa hari Gianni dan pasangannya D’Amico pulang dari menghadiri pertunjukan koleksi fesyen mereka di Paris.

Mereka telah kembali ke rumah agam mereka yang terletak di Pantai Miamai.

Kalau ikut kebiasaan, Gianni akan suruh pembantunya keluar beli kopi dan surat khabar tapi nak dijadikan cerita pada tanggal 15 Julai 1997 dia melakukan sesuatu di luar norma.

Mungkin Gianni dah lama tak hirup udara segar, so pada tarikh tersebut dia keluar ke kafe berdekatan hanya dengan berjalan kaki.

So dah settle membeli segala barang keperluan, beliau pulang ke rumahnya semula namun…..

Gianni ditembak lelaki berseluar pendek hitam, bertopi putih

Segalanya berlaku sekelip mata apabila, sewaktu Gianni buka pagar rumahnya, seorang lelaki yang tak dikenali yang hanya pakai baju kelabu, seluar pendek hitam dan bertopi putih mendekati pereka fesyen terkenal tersebut dan BAM! BAM! Menembaknya sebanyak dua kali.

Pasangannya, D’Amico yang berada di dalam rumah pada ketika itu terdengar bunyi tembakan tersebut, lepas tu dia terus bergegas keluar dah waktu tu dia mendapati Gianni dah terbaring berlumuran darah di tangga pintu pagar rumah.

Disebabkan kes ni melibatkan individu terkenal dan berpengaruh dalam industri fesyen dunia, maka pelbagai spekulasi timbul berkenaan tragedi pembunuhan Gianni Versace yang dikatakan seakan-akan gaya pembunuhan mafia.

Waktu itu Ketua Polis Pantai Miami, Richard Barreto berkata dia percaya yang Gianni jadi sasaran pembunuh tetapi pada waktu itu dia tak nak mengesahkan khabar angin bahawa ada orang yang telah mengupah pembunuh upahan untuk menembak Gianni.

Rakan-rakan pereka fesyen terkenal lain seperti Giogio Armani cukup terkejut lepas dapat tahu Gianni mati sebab ditembak ‘individu tak dikenali’ malah dorang mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap Gianni.

CCTV berjaya rakam kejadian tembakan dan kemudian……

Berbalik kepada kes pembunuhan pereka fesyen tersebut, abang Gianni iaitu Santo Versace dan adiknya Donatella Versace terbang dari Itali sebaik sahaja menerima berita menyedihkan itu. Malah jenama tersebut diserahkan kepada Donatella untuk menguruskannya.

Mesti korang tertanya-tanya, takkan la kes tu senyap je? Siapa pembunuh? Sebab apa dia bunuh?
Aishh sabar yer kawan-kawan.

Kalau korang nak tau, salah sebuah kamera litar tertutup di kawasan itu telah berjaya merakam kejadian tembakan tersebut dan salah seorang saksi di tempat kejadian mengekori suspek sehingga ke sebuah garaj berhampiran.

So, polis serbu garaj tu dan telah menemui pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian tembakan itu..hah! bukti tu bukti.

Bukan itu sahaja, polis juga menjumpai sebuah trak pikap berwarna merah yang dilaporkan dicuri dari New Jersey.

Tapi korang nak tau tak apa yang polis jumpa dalam trak tu? Jeng..jeng..jeng

Polis menemui kad pengenalan diri yang mempunyai nama suspek, Andrew Cunanan. Ala macam spesis sociopath yang lain, Cunanan sengaja meninggalkan identitinya kerana mahu menjadi terkenal dan gilakan perhatian.

Siasat punya siasat, rupa-rupanya Cucunan yang berusia 27 tahun itu merupakan salah seorang daripada senarai 10 Penjenayah Paling Dikehendaki oleh FBI dan Gianni merupakan mangsa bunuhnya yang kelima di seluruh negara.

Siapa Andrew Cunanan?

Cunanan yang dibesarkan di California itu sebenarnya adalah seorang budak lelaki Katolik yang berpewatakan menarik, cerdas dan cergas.

Waktu di sekolah menengah, dia mengaku yang dirinya adalah seorang homoseksual malah mamat tersebut mempunyai citarasa yang tinggi dan mengimpikan kehidupan yang kaya dan terkenal.

Namun, dia ni ada masalah pembelajaran so lepas tercicir dari kolej dia mula lah cari sugar daddy sehingga dikatakan dia turut menjual dadah pada masa yang sama.

Kan tadi admin bagitau Cucunan ni dah bunuh 5 mangsa termasuk Gianni, kalau korang yang tau mangsa-mangsa dia merupakan orang yang ‘rapat’ dengan dirinya dan seorang yang kaya.

Cunanan pilih mangsa yang ‘Kaya’ dan ‘Helok’

Dua mangsa terawal Cunanan merupakan lelaki muda yang mempunyai hubungan intim dengannya. Cunanan menyatakan salah seorang daripadanya adalah “teman baiknya” manakala seorang lagi merupakan bekas kekasihnya.

Mangsa ketiganya pula adalah seorang ejen hartanah yang agak tua tetapi kaya. Cunanan telah menyeksa lelaki itu sebelum membunuhnya.

Manakala mangsa keempatnya pula adalah seorang penjaga tanah perkuburan Kristian di New Jersey. Lelaki itu dibunuh kerana Cunanan ingin mencuri trak merah Ford keluaran 1995 miliknya, untuk dipandunya ke Florida bagi membunuh Gianni Versace.

Taksub teramat pada Gianni Versace sampai sanggup…..

Yang scarynya pasal Cucunan ini, dia begitu taksub dengan Gianni sampai dia mendakwa yang dia mengenali pereka fesyen tersebut.

Bukan itu sahaja, Cucunan juga ambil keputusan stay dekat sebuah motel yang terletak 6 km dari rumah agam Gianni selama dua bulan sebelum pembunuhan itu.

Bagi kes pembunuhan Gianni Versace, polis ambil masa selama 8 hari nak jejaki Cucunan, namun yang tak bestnya bila suspek tembak Gianni tersebut telah mati ketika ditemui.

Macam mana polis jumpa Cucunan?

Actually lepas dia tembak Gianni, mamat ni bersembunyi dalam sebuah rumah bot milik ahli perniagaan yang ada di pelabuhan.

So seorang penjaga, waktu dia tengah ronda-ronda pelabuhan, terdengar bunyi tembakan dekat salah sebuah bot. So penjaga itu pun call polis.

Pasukan SWAT yang tiba di tempat kejadian melemparkan gas pemedih mata ke atas bot yang disyaki menjadi tempat persembunyian Cunanan.

Waktu dorang serbu bot itu, Cunanan telahpun ditemui mati dengan kesan tembakan pada mukanya dan pihak berkuasa yakin yang Cunanan telah membunuh dirinya sendiri.

Baca : Kes Pembunuhan Kejam Junko Furuta : Dinamakan Neraka 44 Hari Ekoran Penyeksaan Dahsyat Tahap Luar Kewarasan Akal Manusia.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.